Monday, November 21, 2011

Aqiqah @ Sg.Petani


7.11.2011

dari PP ke SP

kak ngah

dah sampai

aktiviti biasa

makan-makan

ramah mesra

yang dirai

mama long yang letih

kak inn

moyok-demam

sebelum pulang

menempuh kesesakan

mahalnya....


5.11.11
sabtu

pagi tu mama dan inn
ambil tok mi
kami terus ke au5
untuk sarapan

pagi ni mama dan tok mi
pilih nasi dagang
inn pula nasi lemak
best juga tapi....
harganya
Ya Allah mahalnya...

termenung ni bukan kerana mahal
tapi rupanya
memang cam tu bila tuuuuua
cepat letih
hihihi

Yahooo


8.11.11-KLIA

Balik dari SP...
Tak de sapa yang dapat ambil Tok Mi di AP
ada yang kerja
ada yang belum sampai KL

Nak tak nak
mama tawakal demi
bonda tercinta


Sebenarnya ke KLIA dah biasa...
selaluuuu pergi
tapi...tak pernah drive sendiri....
sentiasa ada pemandu....

Jadi...
keyakinan amat rendah...
ingat ke jalan...
tahu ke...
kat mana nak tunggu....

dengan bantuan penerangan abah
dengan bantuan pengiring-Izzat
rupanya....
yahoooo....berjaya

Sebagai meraikan kejayaan(hihihih)
dan memenuhi tuntutan perut
kami bawa Tok Mi ke Bawang Kecik(betul...ejaannya memang macam tu)
telefon adik....


Lalu kami berempat pun...
menjamu selera di situ
kerana mama tak sempat masak
(itu sebab sebenarnya)


Pada petangnya pak Su dan su nor
tiba dari SP...
datang ambil tok mi...
si puteri dah boleh senyum...
syukur....itu tandanya
dia dah sihat...
amin


(abaikan hiasan dalaman yang sungguh seni itu...)
hihihih....

D manggis

MAJLIS APRESIASI
1.11.11:Selasa

Doa

Ucapan pn.Dayang

Ucapan En.Alwan

kami dari SMART

Gembira bersama teman-teman/adik-adik



Masa untuk makan



untuk yang ditinggalkan



9 Nov lalu 'adik-adik' mama ke puterajaya
mengiringi 'anak-anak' tingkatan 3
-aktiviti selepas PMR
antaranya ke kilang choklat


Mama tak ikut...
maklumlah banyak benda yang perlu diselesaikan
tetapi ada juga yang prihatin...
melarang mama dari ikut serta
(walaupun sebenarnya mama tak terlintas pun untuk ikut serta)


mereka tidak izinkan kerana sayangkan mama(hihihi)
bimbang mama dimarahi(taklahhhh)
bimbang gunung berapi meletup
tapi....
adik-adik mama tak lupakan mama
ada buah tangan dari mereka
Terima Kasihhhhh....


Pada 10 Nov pula
sekali lagi mama ditinggalkan
bukan mama tak nak ikut
tapi tugas sedang menanti
kerana mama perlu mempengerusikan mesyuarat kantin


Sorry kak ani kerana
tak dapat turut meraikan
tak dapat menyerikan(betul ke?)
tak dapat melepas rindu



Tapi....
hihihi....mama dapat juga
kiriman indah dari kak ani
Terima Kasihhhhh...

Sunday, November 20, 2011

kembali




Setelah sekian lama


mama menahan kecewa


Menanggung siksa



Hari ini...


Jiwa yang parah terubat jua


Hati yang lara kembali sembuh


Semuanya kerana


blog dah mula dapat beroperasi


Sebelum ini pada semua orang


Anak-anak
Adik-adik


Teman-teman


Kaum kerabat



Mama melaporkan


Kekecewaan mama



Tanya sini tanya sana


Mungkin ramai yang dah bosan


Mendengar aduan dan rungutan mama


Tapi...mama terus bertanya


Untuk mencari penawarnya




Anak-anak mama pun


Tapi...mereka tak dapat tolong


Hari tu angah berpeluh cuba membantu


... tapi tak berjaya




Hari ni setelah ke C4 beli mordem


Angah usaha lagi...


Tika mama ke majlis perkahwinan


Inn dan izzat kata angah bertungkus lumus membantu




Dan ...hasilnya


Alhamdulillah...


Benarlah kata rang tua:


usaha tangga kejayaan



Terima kasih angah


Memenuhi kehendak mama


Mengubati luka mama

Terima kasih Alzalia kerana
Memberi ruang kepada angah


dan memberi sokongan moral


Terima kasih anak-anak


I love u all...

Friday, November 18, 2011

Dari Sri Lanka


Semua ni cenderamata dari Sri Langka

Pak Su Haris yang beri

sekembali dari bertugas di sana hampir sebulan

Dah lama dia beri
Sebelum raya haji
tapi masa tu internet kat rumah meragam
Itu yang tertunggak nak post...



Teh pelbagai perasa
Mama teringat masa sekolah-sekolah dulu
belajar geografi...
gambar pemandangan ladang teh
menghijau...


Dengan pekerja perempuan memetik daun teh
dengan bakulnya di belakang
masa tu mama rasa
aman...damai...

Dan ini fm
comeee
terima kasih Haris....
Sukaaaa sangat...


Thursday, November 10, 2011

istana ini...

istana kecil ini
membawa banyak makna
dan menampung banyak peranan
...tentulah peranan utamanya
tempat mama menyiapkan tugasan mama

juga
sarat dengan beban jiwa
yang tercalar
dan...sembuh...
berdarah lagi...pulih semula

di samping tempat adik-adik
melepas lelah
meluah rasa
mereda jiwa

dan...
menjadi medan bertukar pendapat
menimba ilmu
berkongsi pengalaman
malah
tempat membelai sukma
mengisi sayang
membaja persefahaman


dan
menjalin ukwah
antara teman sepasukan
adik dan kakak
anak dan ibu
terima kasih
istanaku...
kerana memberi ruang
untuk meniti perjalanan
sepanjang 2011 ini

mereka


ni kura-kura ke penyu?
huhuhuhu dah lama 'mereka' menetap di atas meja mama
dah bertahun-adik hadiahkan
sekembali dari pangkor

mereka berperanan menekan kertas mama
agar tidak ditiup angin
tapi kali ini
'mereka 'mengingatkan mana
pada sesuatu
yang membuatkan mama 'kecewa ' sejak akhir-akhir ini
kecewa sangat...amat kecewa

bayangkan betapa kecewanya mama
dah hampir 2 minggu
mama tak boleh buka blog mama
huhuhuhu
internet kat rumah amatlah slow...
seperti 'mereka'

2 hari lepas dah boleh buka melalui bb adik
jika cara biasa masih tidak berjaya
hanya fb saja yang boleh
dulu guna bb pun tak boleh
huhuhu sedih tau...

moga intertet kat rumah
dapat berfungsi seperti biasa
kerana mama dah tak tertanggung menahan rindu
huhuhuhu(lagi dan lagi)