Pah Ya Allah,wanita yang membaca sms ini adalah seorang ibu yang cantik,kuat,sabar dan saya menyayanginya. Kau tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya. Kau bersihkanlah hatinya... kau kuatkanlah imannya... Kau peliharakanlah dia dari fitnah. Amin..Selamat Hari Ibu. Zu Wahai ibu yang berkorban untuk keluarga dengan keikhlasan dan ketabahan doa semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu atas jasamu... atas kegigihanmu atas kebajikanmu atas kesetiaanmu atas pimpinanmu atas segala pemberian ikhlasmu hanya Allah yang dapat membezakan antara kamu... doaku agar kamu diberi kesihatan yang yang sempurna rezeki yang berkat dan anak yang solehah dan menghargai jasamu amin.
5.5.2011 mama bergegas ke JIM cawanganWangsa Maju kerana mama kena siapkan secepat mungkin tak sedar tarikh matinya sebulan lagi... mama bernasib baik prosesnya agak cepat berbeza tahun lalu semasa nak buat untuk Inn Alhamdulillah semuanya selesai...
Hajat mama tercapai sudah... lega... selepas sekolah mama bersama Pn.Norainum Pn.Soleha dan Puan Rohani telah sempat menziarahi Puan NZaiyanah dia sakit-batu karang... terkejut kami apabila melihat batu yang dikeluarkan bagai tak percaya...besar... Selepas ziarahnya... kami ke rumah Puan Fatimah juga menjalani pembedahan... huss...bila melihat mereka mama bersyukur... walaupun mama uzur tapi mereka lebih lagi...
Mama doakan agar mereka cepat sembuh... dapat bersama kami seperti biasa...
Hari ni hujan lagi... dingin dan damai... Motivasi Tingkatan 3 oleh Dr.Othman berjalan lancar seperti yang dirancangkan di Dewan Amal. Selepas motivasi pameran buku anjuran Pusat Sumber pula diadakan di dewan.
Selepas sekolah mama ke Puterajaya hantar bahan. Pulang dari sana mama singgah di Cheras-Cress. Sakit tapi moga melegakan.
Tak sempat singgah rumah adik-adik kerana hari telah lewat.
Badan mama amat teruk... sakit sangat... tanpa diberitahu oleh sesiapa mama tahu puncanya kerana -tua -berat badan hihihihi Sebelum ni abah yang tolong urutkan oklah sikit tapi masih sakit...huhuhu memang betul2 tua mama ambil keputusan ke arokaya... Tiga hari berturut-turut mama ke sana petang sabtu....dah penuh ...kena tunggu.. mama meronda JJ dulu...dan tentunya terbeli... Di arokaya mama terjumpa bekas pelajar mama baik budaknya...lembut budi bicara...mama suka... Esoknya pagi Ahad mama tiba sebelum 10.30 jadi ...ronda lagi...terbeli tudung pulak... Hari ini mama jadi orang pertama... Hari Isnin,cuti... 11.00 mama mula diurut... percaya tak? 1jam 30 minit mama diurut... dan...mama yakin sangat mama tak tidur,...(hihihi) dan hari ni paling best walaupun sakit.... Moga sakit mama akan berkurang Moga mama dapat elakkan keluhan.. Moga segala aktiviti berjalan lancar... Amin....
Sejak minggu lepas jiwa mama terusik Rasa bersalah...rasa berhutang kerana 2 orang teman sekerja mama -sakit -pembedahan -bercuti tapi... mama masih belum berkesempatan untuk menziarahi mereka mama ingat... mama ingin... tapi hingga kini ada saja penghalangnya
Ya Allah berikanlah kelapangan untukku menziarahi mereka sebagai tanda simpati... moga memberi kekuatan pada mereka Amin... dan mama selongkar dan ketemu ini dalam intenet...
50- KEUTAMAAN BERKUNJUNG KEPADA ORANG SAKIT
149- قَالَصَلىَّاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَ: إِذَاعَادَالرَّجُلُأَخَاهُالْمُسْلِمَمَشَىفِيْخِرَافَةِالْجَنَّةِحَتَّىيَجْلِسَفَإِذَاجَلَسَغَمَرَتْهُالرَّحْمَةُ،فَإِنْكَانَغُدْوَةًصَلَّىعَلَيْهِسَبْعُوْنَأَلْفَمَلَكٍحَتَّىيُمْسِيَ،وَإِنْكَانَمَسَاءًصَلَّىعَلَيْهِسَبْعُوْنَأَلْفَمَلَكٍحَتَّىيُصْبِحَ. 149. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Apabila seorang laki-laki berkunjung kepada saudaranya yang muslim, maka seakan-akan dia berjalan di kebun Surga hingga duduk. Apabila sudah duduk, maka dituruni rahmat dengan deras. Apabila berkunjung di pagi hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya, agar mendapat rahmat hingga sore. Apabila berkunjung di sore hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya agar diberi rahmat hingga pagi.” [167] --------------------------------- [167] HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan lihat Shahih Ibnu Majah 1/244 dan Shahih At-Tirmidzi 1/286. Ahmad Syakir menyatakan, bahwa hadits tersebut adalah shahih.
Rumusan bahagia pada bulan April ialah hari jadi adik-adik mama... Alhamdulillah mama masih berkesempatan melihat kebahagian mereka mama masih sempat mengucapkan SHJ buat mereka walaupun umur kami kian meningkat. Doa mama moga adik-adik mama ini dikukuhkan iman diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki dilimpahi kebahagian.... Amin... Moga tahun depan mama masih dapat menikmati keindahan bersama mereka mama masih dapat menumpang kasih mereka mama masih berupaya melihat kasih sayang mereka moga ....mama masih ada.... bersama-sama mereka. Amin