Sunday, April 17, 2011

teka teki dan jawapan

Pada Inn...

Orang pertama mama kemukakan teka teki
kerana:
biasanya dialah orang pertama yang mengucapkan
tapi kali ini mama yakin dia lupa
dan dia berkata:

inn ingatlah..saje je kasik surprise..hahahahhah.. da tua rupenyer mama kannn..
tunang kannn..ke nikah??rasa cam tunang (hok aloh kecik ati doh)

Jawapan seperti biasa jika dia cover line
hihihihi
Apa pun terima kasih....


Pada Along

Mama terus beri jawapan
Lalu secara spontan along berkata
SUT mama....
hihihi terima kasih


Pada adik
Mama tanyakan soalan berserta jawapan
dan jawapan adik:
Dalam orang bersibuk nak jadi yang pertama, saya saja-saja nak jadi orang yang terakhir. Selamat ulang tahun, Yuszah Akmal Yusoff
hihihihi
Terima kasih
Mama tak sempat tanya angah dan Izzat

Tapi...mama rasa pasti jawapannya
lebih kurang sama....
hihihi

Tak apalah...
Apa pun jawapannya...
mama tahu
anak-anak mama cuba senangkan hati mama
Terima Kasih
I Love U All....

april lagi

16.4.2011-Sabtu
Ke Shah Alam dengan abah dan adik
Adik temuduga DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA - MC110 di UITM
Mama tunggu saja di kereta-tak larat nak mendaki tangga-huhuhuhu
Sementara menunggu adik, abah datang ajak sarapan di Electronic Cantre
dan adik ikut serta setelah ditemuduga
Harapan dan doa mama agar adik berjaya.Amin.



Hujan sepanjang hari-moga hujan rahmat
MOGA ADIK BERJAYA ....


Balik dari sana ke Majlis Menyambut Menantu
Putera Pn Ramlah dan Suami di Dewan MPAJ


17.4.2011-Ahad
Bangun je mama masuk dapur
buat puding trifle buat majlis kak lina
Majlis Cukur Jambul-cucundanya...


Masa buat tu mama terfikir: ok juga buat untuk raikan diri sendiri
hihihi...saya je ye yang ingat....hihihihi ....lagi


Pukul 10 ke rumah Kak Lina-meriah


Baby Adlia Syafiyya
bersama bondanya Alia Haryani
hihihi pastilah mamapun ambil kesempatan...

Malam:Tok Mi datang dengan Ayah Cik dan keluarga

18.4.2011-Isnin
Tiada perhimpunan -hujan
Ibu Azim datang...
Taklimat Pengetua-HM sebenarnya tak ada
-Kami2 je kerana beliau Mesyuarat Sekolah Kluster
Ke PJ dengan Tok Mi-hantar bahan.
Balik ke JJ-makan di Kenny Rogers

Malam:Ke CJ hantar resit Inn dengan abah-Ya Allah letihnya...
Tok Mi tak ikut serta-tertidur(pasti juga keletihan)


19.4.2011-Selasa
Buat pemeriksaan bagi Tingkatan 4 Ehsan dan mereka yang lewat.
Pagi-pagi HM membawa berita...
sekolah kami tersenarai sekolah kluster
Hiiiii...gembira ke?bangga ke? atau.....hussss
Sebelum ke rumah Tok Cik singgah makan sate
di Taman Melati dengan Tok Mi


Tok Cik tak berapa sihat...kesihan dia
Sesekali ketika bercerita mama lihat ada air di matanya

20.4.2011-Rabu
Hari ni berkurung di Bilik Q-Mesyuarat Sekolah Kluster

Balik dari sekolah bawa Tok Mi ke R&K tapi belum beroperasi
lalu tukar arah ke kedai Asam Pedas-Makan Mi goreng
Tok Mi makan kuey T


Malam Tok Mi nak makan sate
Izzat belikan di R&K

21.4.2011-Khamis
Hari ini masih berkurung di Bilik Q
Tapi kali ini buat Plan Strategik
Berasap kepala-tapi mama cuba bertenang
dan cuba gembirakan hati....
Tapi terperasan ada juga yang mementingkan diri...
husss....macam-macam

Sebelum balik sekolah seperti biasa call Tok Mi
untuk ajak keluar makan
rupanya Tok Mi dah odw to cheras
Su Nor dan Pak Su Haris yang datang ambil
mereka cuti....

balik sekolah bertungkus lumus siapkan bahan untuk hantar esok.
Malam keluar makan dengan abah di Al-Anssar-28 tahun doh...

Sebelum tidur,tiba-tiba fb tak berfungsi....

22.4.2011-Jumaat
Subuh:Fb masih belum boleh dibuka
'The connection was reset'
The connection to the server was reset while the page was loading.
* The site could be temporarily unavailable or too busy. Try again in a few moments.
* If you are unable to load any pages, check your computer's network
connection.
* If your computer or network is protected by a firewall or proxy, make sure that Firefox is permitted to access the Web.

Hari ini adik ke UPSI dengan abah
kerana ada temuduga
Ya Allah Kau berikanlah yang terbaik untuknya...
kerana Engkau Maha Mengetahui...
Mama tidak dapat ikut serta kerana hari ini
jadual mama penuh....

Selepas rehat kami berkurung lagi-siapkan pelan stategik
1.30 ke PJ hantar bahan
4.00 pergi sekolah lagi mesyuarat PIBG pukul 5.00

17 @ 21?

1983 merupakan tahun yang mencatat memori indah
17.4.1983 kami diijab kabul
21.4.1983 kami disandingkan
Sungguh bermakna detik itu


memori yang digalas saban tahun
bersama warna warni kehidupan
yang menghasilkan 5 zuriat penyambung warisan

setelah dihitung dan dicongak
rupanya sudah melangkah ke-28 tahun...
husss...cepatnya masa berlalu

rasa baru semalam mama merajuk kerana abah lupa tarikh ini
rasa baru semalam mama mengharap jambangan bunga dari abah...
ohhhh....rupanya sudah 27 tahun detik itu berlalu

dan... mama sudah lali...
mama perlu reda yang abah bukan jenis romantik...
tapi mama tahu dalam diri abah tetap ada taman
mungkin kerana itu bahtera kami belayar tenang...

tapi seperti insan biasa kadang-kadang mama
tertunggu keajaiban berlaku....
mana tahu menjelang senja ...
abah ingat tarikh ini...

ok...sekarang sudah pukul 5.00 petang
waktu sudah merangkak senja
abah tertidur setelah pulang dari mengaji
abah lupa lagi...

tak apa...mama perlu positif,,,,
mungkin 21.4 nanti abah akan ingat
dan ada sesuatu buat mama untuk mama kenang pada tahun ini
Insya-Allah.

Saturday, April 16, 2011

Mungkinkah ketemu lagi?

Pada 10.4.2011 kami sekali lagi
ke Kemesah Height
rumah Puan Noraini(Kak Ani)

Ahmad Akmal Juhari

Kak Ani telah mengadakan
majlis kesyukuran
kerana anakanda Akmal mendapat
7A dalam SPM
Semua warga Smart dijemput
termasuk bekas pelajar
tingkatan 5 2010
Nazrin Nasirruzam,Fikriali Zainudin,


Dalam kemeriah itu
kami tambah truja dengan kedatanga
Puan Pauziah
Seronok dapat berjumpa
kerana telah lama tak jumpa
Hanisah Hasnan-9A
Dyan Ahmad


Mama dan teman-temanpun
sempatlah bergambar
dengan mutiara hati SMART
buat kenangan







Mama juga sempat bersantai
dengan teman-teman
jika di sekolah....
masing-masing sibuk
dengan tugas
semasa bersama anak-anak ini
terdetik di hati mama
mungkinkah kami akan ketemu lagi
kerana selepas ini
anak-anak akan mendaki
memburu cita-cita
Doa mama
walaupun ke mana
kaki melangkah
ke timur,barat,utara dan selatan
ingatlah
di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung
Kekalkan sahsiah terpuji.