Wednesday, March 2, 2011

TITIPAN DARI JEPUN


2010-Lawatan tergempar

Sejak dulu...sejak awal remaja
mama suka mengumpul
tapi tika itu
mengikut usia
dan kos...
Koleksi ini pula mama mula kumpul
tika along belajar di sana
setiap kali along balik bercuti
pasti ada buah tangan...

Setiap tahun pasti bertambah
koleksi mama

Yang ini along belikan
tahun akhir dia di sana



yang ni ada watak...
tapi mama tak tahu...
key chain
koleksi mama bertambah
bila mama berpeluang
berkunjung ke sana


hihihihi...rambang mata dibuatnya
nasib baik harganya mahal
jadi urut jelah dada banyak-banyak
beg duit ini along beli
mama sayang nak pakai
simpan je buat kenangan

bekas ni juga hadiah along
yang diperbuat dai kayu(agak je)


gelas-gelas kecil macam ni
memang mama sukaaa...

ini mama rasa unit
hihihi


lambang negara itu

along beri hadiah ni
katanya ada kawan yang hadiahkan pada mama
mama tanya sapa?
along tetap along
ia jadi tanda tanya hingga kini
apa pun terima kasih daun keladi...

mama rasa yang ni ada cerita
dan kepercayaan di sebaliknya

ada gambar gadis jepun
mama suka baju
dan payungnya
teringat masa kanak-kanak

Tuesday, March 1, 2011

mac I

1.3.2011 - Selasa
(PERHATIAN:gambar di atas hanya hiasan semata-tiada kaitan-hihihi)

Yang ditunggu dah tiba
Jejaka-48
Bekas Penolong Kanan SMK Puchong Jaya
tinggal di Puterajaya
Alhamdulillah
Moga semakin lancar

2.3.2011 - Rabu

Seawal 6.45 pagi mama ke Smart
hantar buku sebagai bekalan
semasa mama tiada
moga terubat rindu 4 Arif
tika membuat latihan yang ditinggalkan

Hari ni mama cuti
hantar Inn ke MMU dengan abah
Kami antara yang terawal tiba
pendaftaran berjalan lancar
Alhamdulillah

Doa mama agar Inn
bersemangat waja
berazam melangit
moga kemilau jaya
akan digapai
Amin

Lebih kurang 1.30 tengah hari
tika mama bersiap untuk hantar Izzat ke kolej
telefon berbunyi
Alhamdulillah...Mi yang telefon
dari Tanah Suci
Syukur semuanya sihat...

Selamat Hari jadi Syed...
Moga
diteguhkan keimanan
dilimpahi kesihatan yang baik
ditaburi rezeki yang berkat
dibelai kasih sayang
disirami wangian cinta
amin...

3.3.2011 - Khamis

Mesyuarat PPDa
Malam:Chik telefon keempat-empat biji tayar kereta Pak Su
dicuri semasa ditinggalkan
di LRT Bandar Tasik Selatan
untuk pergi kerja
Astarafilullahalaazim....
4.3.2011 - Jumaat
Sebelum balik sekolah mama dapat sesuatu
sebiji kek carrot-terima kasih Nun
7.00 petang bertolak ke JB
Jalan agak sesat-singgah solat di Sungai Besi
Singgah lagi....di Hentian Paloh-makan
Sampai di Hotel M Suite lebih kurang pukul 1.00 pagi
Bilik 124(180)
Sempat buat BBM sebelum tidur



5.3.2011 - Sabtu
Sebelum turun sarapan
cuba buka laptop
tapi tak ada power
kenapa?


Tengah hari Na da Adik Ya sekeluarga tiba dari KL
Bersiap-siap di bilik

Menunggu di lobiKe Dewan Mawar-majlis persandingan Ku An dan isteri
Tahniah Ku An dan Farhana
Moga bahagia dunia akhirat


Tahniah Ros dan Min
Semoga bertambah ahli-bertambah bahagia

Balik KL dan singgah ambil Inn


6.3.2011 - Ahad
Larian Sekolah


Tok Mi balik dari Mekah
Abah je pergi air port kerana mama di sekolah
balik dari sana abah ke kebun pak cik

Ke Gulatis
Ke JJ-barang Inn
Singgah makan sebelum ke Cheras

Malam :mama,Inn dan adik Amirul jumpa Tok Mi
Alhamdulillah Tok Mi sihat.Tak sempat jumpa ayah cik


7.3.2011 - Isnin
Cuti Peristiwa
7.00 pagi bertolak dari rumah hantar Inn ke MMU
Tiba 850 kerana kesesakan jalan raya sepanjang jalan
Tunggu Inn di bilik
11.00 pagi bertolak pula ke Kolej Islam Antarabangsa
-urusan transfer kredit
Ke Gulatis(ole-ole)
Ke BSN Setiawangsa-urusan Inn-beli pin nombor

sambil tunggu Inn ke Giant
Balik rehat sekejap
Dalam ribut petir ke klinik Redha-janji temu Izzat
Keletihan kerana aktiviti sepanjang hari
hingga inn tertidur-tak sedar kami jumpa dr

Singgah makan sebelum hantar Inn pula ke MMU

Huhuhu...balik ke rumah letih tak terkata

8.3.2011 - Selasa
Sejak subuh-hujan tak berhenti
Mula Ujian Bulanan
Mesyuarat Kewangan

9.3.2011 - Rabu
Mesyuarat Pengurusan & Pentadbiran
Pak Din dan abah baiki paip yang bocor


10.3.2011 - Khamis
LADAP-Penandaan SPM Kertas 2

Mesyuarat PIBG

Selamat Datang...


1.3.2011- detik bersejarah
setelah sekian lama mengharap
penuh debaran
-1 bulan lebih kami menunggu
penuh teka teki
sejak 21.1.2011 kami menanti
penuh harapan

Tiba-tiba beliau muncul
Tika Pemangku PK tiada-mesyuarat
Tika Pemangku PK KOKO tiada-lawatan
Tika mama sedang berbincang dengan kaunselor

Alhamdulillah moga memberi sinar bahagia
menunjuk arah cemerlang
mengatur langkah gemilang
demi warga SMART terbilang

Selamat datang....
Jambangan kasih kami dulukan
moga warga SMART bercantum mesra...