Friday, February 4, 2011

penyeri dan penghias


Tak tahu pokok apa
tapi ada sebatang dekat dengan pondok
cantik juga...
menjadi penghias kebun

Kemboja kuning
Diambil dari rumah adik dan Syed
Mulanya nak tanam di rumah
tapi abah bawa ke kebun...
ok jugak...jadi penyeri


pokok melor ni dulu ditanam dalam pasu
di depan rumah
sekali je berbunga
lepas tu...
jadi ...hantar ke kebun
moga mewangikan kebun...

kulat putih ini tumbuh
di batang tumbang di belakang pondok
bila diperhati
ada nilai seninya...



Pokok ini dulu ditanam
di depan rumah
jadi penyeri tapi....
bila terlalu banyak...
tidak terurus
lalu dihantar ke kebun supaya terus membiak
dan menyerikan....


Masa mula-mula beli tanah ni
ada sebatang pokok ara yang besar
tapi telah ditebang...
kini mama jumpa pokok ara
di belakang pondok...ada buahnya
tapi...mama tak pasti kegunaannya...
yang mama tahu 'ia' menjadi penyeri...
Masa kanak-kanak mama suka usik pokok semalu ni
bila usik daunnya mengucup
seronok ketika tu...
bunganya pun pink...
suka...



Ini pula hanya rumput dan lalang
tapi bunga putih ni dapat menyerikan
kehijauan dedaun...
sweet juga walaupun rumput rampai


pokok senduduk ni banyak dalam semak
tapi mama suka bunganya
suatu waktu dulu
pokok ini menjadi bahan permainan mama
hihihi...kenangan...

rumput dan keladi ni juga menjadi
penyeri dan penghias kebun abah...
hihihihi...

3 malam di Gua Musang

Petang Isnin mama,abah dan inn
bertolak ke kebun abah di Gua Musang
Kami tiba lebih kurang pukul 10.30 malam.

Selepas abah solat dan Inn makan mi yang dibeli
kami terus tidur


Di keheningan pagi
terasa begitu nyaman
seperti di Genting
cuma yang membezakan ialah
tempat tinggal dan kemudahan asas
Selepas abah ke kebun belakang untuk menebas dengan Pak Cik Harun
mama dan Inn mula bersarapan
kerana abah dah bersarapan dengan Pak Cik Harun.



Mama dan Inn hanya tinggal di pondok
Inn sapu daun-daun tepi pondok
mama bakar daun-daun.
Mama juga sempat menanda buku.
alhamdulillah...


Kami masak untuk tengahari
ala-ala main pondok-pondok
kerana serba kekurangan
tapi tetap happy

Petangnya abah ke kebun pak Cik Harun pula
tolong sikit-sikit

dan abah bawa balik ikan talipia dan kelapa muda
Malam tu kami makan talipia goreng

Dari pagi hingga ke malam
sekejap hujan sekejap berhenti
sejukkk jadinya
tapi nyaman
kami tidur agak awal
kerana tiada apa yang boleh dibuat




Seperti kelmarin selepas membawa balik sarapan
abah ke kebun getah
kali ini dengan Pak Cik Ali dan isteri
serta 2 orang anaknya

Kami yang ditinggalkan buat kerja biasa
Kali ini Inn mula memegang parang
tebas lalang
tak nampak pun yang terusik
hihihi...gaya tetap hebat


Petangnya kami buat operasi
pakaian yang diusik oleh Mak Ti
banyak pakaian mama termasuk baju sutera,
bantal dan kerja tangan mama terpaksa
jadi makanan api
Abah pula mula menebas di belakang pondok

Malamnya abah telefon
tanya teket bas untuk esok
ada pukul 9 pagi
kami bersiap-siap dan terus tidur
Sebelum subuh mama dah terjaga
bersiap-siap bimbang terlewat
Kami tinggalkan pondok
ke stesen bas
tapi...
teket dah habis(ada kemalangan)
bas seterusnya pukul 335 petang

Kami pulang semula ke kebun
Abah dengan ahli yang sama ke kebun lagi
Kami buat apa yang patut sambil menunggu waktu tiba


Setelah tiba waktunya sekali lagi kami ke stesen bas
bas yang dijangka bertolak pukul 355 ,
tiba pada pukul 520....
husss...

tapi pukul 9.30 mama lega kerana
selamat tiba di Hentian Putera
Bukan mama tidak mahu memenuhi permintaan abah
untuk balik bersama-sama pada hari ahad nanti
tetapi mama memikirkan anak-anak
yang mama tinggalkan
memikirkan semua hal

Tapi mama bersyukur walaupun
3 malam mama dapat memenuhi harapan abah
yang sering mengajak mama ke sana
tetapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.
kini mama rasa lega...

FEBRUARI m1

1.2.2011-Selasa

sambil menyelam minum air
sempat menanda buku karangan dalam keheningan
bekalan...
tak sempat habis pun...

acara harian

2.2.2011-Rabu
operasi - hasil gigitan MAK TI
gaya mesti lebih
walaupun lalang pun tak tumbang
hihihi
3.2.2011-Khamis
pagi:
sebelum subuh dah bangun
bertolak ke pekan GM untuk balik KL
teket habis
huhuhu...petang baru ada
bas sepatutnya 3.55 petang
tiba pukul 5.20
husss...hingga abah tertidur
5.30petang-Selamat tinggal Gua Musang
Tiba KL 9.30 malam
singgah di R&K
4.2.2011-Jumaat
Huss rumah macam dilanda banjir
kemas sana,kemas sini

Petang:
Ke Kajang-Sate Samuri

Ke SuaKasih-Jumpa abang yang baru balik dari Mesir
alhamdulillah

Ke D'tinggan Suasana
Humyra

5.2.2011-Sabtu
Seharian di rumah
kemaskini blog

6.2.2011-Ahad
Persiapan untuk memulakan tugas esok.

7.2.2011-Isnin
Mula sekolah semula selepas seminggu cuti Tahun Baru Cina.

Taklimat kesihatan-MAKNA
Antara yang diperoleh ....
Barah sukar dikawal
-keturunan
-stress
-pemakanan

Stres boleh dikawal dengan:
-berfikiran positif
-urutan leher dan bahu
-tarik nafas panjang denga kiraan 10 dan hembus melalui hidung...

Hantar Inn ke rumah Adik Nor
Konon-konon dia nak jaga Humyra
Tak tahulah sapa jaga sapa....