Thursday, August 5, 2010

sesejuk ...sedamai hatiku


2008 meninggalkan sedikit bekas.
Hajat tak sampai.
Terkilan.
Mungkin anak-anak tahu.
Mungkin mereka ingin membahagiakan mama,
menyejukkan hati,membalut hati mama
lalu mereka merancang untuk
bercuti.

Ketua pelancong ialah Hafiz.
Kami berlima ke sana.
Abah tak ikut serta kerana ada hal dan tak muat kereta.


Setiba di sana kami meronda mencari tempat penginapan.
Antaranya ialah Casa Dela Rosa,Bala Resort danSmorke House.
tetapi semua tempat itu penuh.

Akhirnya kami tinggal di Aprt.
Agak selesa di sini yang mempunyai 3 bilik.
Kami membeli sayur-sayur segar,
masak sendiri,panas-panas,
best...kerana
lapar dan sejuk.

Kami menikmati petang di Ladang Teh.
Hijau panoramanya.
Luas saujana memandang .Kami juga ke Cameron Valley.
Sejuk mata memandang.
Sejuk tidak terkira dengan diiringi gerimis senja.

Kami minum teh di sini untuk
menghangatkan badan.

Kami juga tidak ketinggalan pergi ke tempat
yang amat mama minati iaitu kedai bunga.
(Rosa Garden)

Bunga-bunga beraneka jenis terdapat di sini.
Dan seperti biasa mama membeli pokok
dan bunga
walaupun mama tahu nasib pokok itu.

Hafiz terpikat dengan sejenis bunga.
Rasanya bukan kerana bunga tetapi
kerana namanya.

Kami juga ke Uncle Sam Farm.
Seperti tadi banyak pokok
bunga dan strabery.
Tenang ketika berada di sini.

Kami juga sempat ke Strawbery Farm.
Tetapi ketika itu buah tidak banyak.
Tapi masih boleh bergambar untuk kenangan.
(Ini bukan gambarnya-hihihi)

Kami juga meronda-ronda sekitar taman
ambil gambar dan ambil gambar.

Semasa perjalanan pulang kami singgah
di Lata Iskandar.
Walaupun hujan renyai-renyai
anak-anak tetap mandi.
Mama yang tak mandi tapi kesejukan.

Kami meninggalkan Cemeron Highland
setelah satu malam tidur di sana.
Selamat Tinggal Cemeron Highlanad.
Moga ketemu lagi.


rose garden

bebunga- peribahasa

Laksana kasihkan bunga seceper,terbuang bunga sekaki
Erti:Terlalu hiraukan yang banyak,yang sedikit hilang di tangan
Kosa kata:ceper-piring,sekaki-sekuntum

Bunga yang harum itu ada durinya

Ertinya:Tidak ada yang tiada cacatnya

Peribahasa lain:tak ada gading yang tak retak

sudah dapat gubah dikarang,bunga sekaki dicampak buang

Ertinya:sudah mendapat yang lebih baik,yang kurang telah dibuang
Peribahasa lain:sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi
Kosa kata:gubah dikarang:bunga-bunga yang digubah

Ibarat bunga sedap dipakai layu dibuang

Ertinya:perempuan hanya dikasihi semasa muda,apabila tua ditinggalkan

Seperti batang mengkudu,dulu buah daripada bunga

Ertinya:menyangka telah dapat memiliki sesuatu yang belum pasti

Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi

Ertinya:pelajaran yang tidak habis dituntut,tidak akan mendapat faedah


Bunga dipetik,perdu ditendang

Ertinya:seseorang yang suka kepada hak orang, tetapi benci kepada tuannya

umpama bunga di gaung batu,taruk kaca tangkainya embun

Ertinya:gadis yang cantik,terjaga dengan baik dan tak mudah didekati

bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor


Biduk berlalu,kiambang bertaut

Ertinya:dua pihak akan berbaik semula apabila pengacum telah tersingkir.

Bunga gugur putik pun gugur

Ertinya:Tiap-tiap yang hidup akan mati,tidak mengira umur

Peribahasa lain:mumbang jatuh,kelapa jatuh

Dikir Hari Guru

petua seorang guru

hari ini hari guru

mari kita rai bersama kalau guru ngajar duduk
murid belajar sambil mengantuk

kalau guru sambil berlakon
murid belajar denganlah tekun

hari ini hari guru
mari kita rai bersama


kalau guru tanpa alat
murid belajar denganlah ralat

kalau guru banyak bercakap
ada murid bertambah gagap

hari ini hari guru
mari kita rai bersama

kalau guru pemudah cara
ramai murid pandai bicara
kalau guru tanpa menilai
takkan tahu bodoh dan pandai
hari ini hari guru
mari kita rai bersama
kalau guru berbudi bahasa
dikenang murid sepanjang masa
kalau guru tunggu diarah
semua kerja kenalah kerah
hari ini hari guru
mari kita rai bersama

kalau guru kurang mengajar
dapat murid kuranglah ajar
kalau guru kurang merancang
dalam kelas banyak temberang
kalau guru suka berdamping
semua murid dapat dibimbing

sekian sudah persembahan kami
jangan ingat kami tak reti
lain kali jemput lagi
AF 9 kami menanti

Wednesday, August 4, 2010

sukan tahunan 2010

Ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih

kepada semua warga SMART kerana menjayakan

Sukan Tahunan Sekolah yang ke-24
Terima kasih qauster master dan unit sukan
yang bertugas bukan kepalang
tidak kira siang dan malam
di sokong oleh guru,pelajar dan staf sokongan
tenaga dan idea telah disumbang
hingga lancar majlis berjalan
jaga dan pekerja swasta tidak dilupa
mereka bertugas tiada alpa
terima kasih ibu dan bapa
memberi sokongan setiap masa
tidak dilupa anak-anak tersayang
peserta berjuang mati-matian
untuk merebut piala kemenangan
tapi...bertanding ada kalah,ada menang
tahniah kepada yang menang
yang kalah,cuba lagi tahun depan
berbekal semangat,usaha teruskan
terima kasih kerana nama baik sekolah dijaga
berpakaian sukan sesuai di mata
disiplin di padang dijaga sentiasa
hati kami berbunga bangga
adat orang inginkan kejayaan
pebetulkan apa yang kurang
sepakat kita berjuang
persediaan tahun mendatang
hingga mencatat kegemilangan
tahniah dan terima kasih semua
sepakat membawa berkat

Tuesday, August 3, 2010

sumbangsih


6.6.10 tercatat sejarah
singahsana tersergam begitu megah
hantaran dihias disusun indah
disulam kasih cinta bermadah


sireh pinang pembuka bicara
cincin sebentuk buat si dara
sebagai bukti kasih tertera
agar cinta mekar sentiasa

seulas pinang gambir pun ada
seutas gelang buat anakanda
sebagai tanda restu dan reda
dari ayahanda serta bonda
choklat diberi pemanis kata
agar tercantum dua jiwa
dengan manis tutur bicara
pasti ditaburi bunga bahagia


halwa rasa enak dinikmati

sebagai bukti kemanisan hati

moga jodoh hingga ke mati

berbekal kesetiaan sejati



Putih biru tanda mata

lambang kasih seia sekata

tabah hadapi suka duka

barulah hidup aman sentosa

Telekung dihulur ada tersirat

pada Allah panjangkan hajat

moga dimakbur semua niat

hidup akan mendapat berkat


persalinan diberi jadi ingatan

sebagai simbol kekuatan iman

janji diberi dilupa jangan

hidup harmoni zaman berzaman

wangian diberi ada makna

berbekal kejujuran dua jiwa

moga mewangi cinta anakanda

pasti sayang berganda-ganda

pemberian diberi setulus nurani

buat pujaan belahan hati

agar cinta kekal abadi

bila hati suci murni

kasut dihulur pengikat kasih

diiring dengan hati nan bersih

agar diri tidak tersisih

pasti damai membelai kasih.