Friday, January 1, 2010

persiapan


Untuk menguruskan majlis perlukan senarai semak.
Jadi cuba-cuba buat senarai semak dengan harapan
tiada yang tertinggal dan majlis berjalan lancar.Amin.


1.TARIKH
Setelah perbincangan dibuat (bukan mengikut kaedah tengok anak bulan)
kata putus diambil iaitu:
-BERTOLAK DARI KUALA LUMPUR KE SIBU : SABTU 5.6.2010 6 PAGI


-NIKAH : AHAD 6.6.2010 PETANG

-KENDURI : ISNIN 7.6.2010 PAGI

-KE SIBU : ISNIN 7.6.2010 TENGAH HARI



-BALIK ke KL : SELASA 8.6.2010 MALAM

-BERGAMBAR(CLD): JUMAAT 18.6.2010 MALAM


BERTANDANG: SABTU 19.6.2010 11.00 – 4.00 PETANG

2.TEKET

Urusan tempahan dibuat oleh dinda bongsu.
Semua telah selesai kecuali Ayah Chik dan
Auntie yang akan ditempah secepat mungkin
Terima kasih kepada urus setia yang cekap

3. WARNA TEMA KITA

Warna tema ini sebenarnya untuk suka-suka dan untuk
menunjukkan kita sepakat tetapi tiada paksaan.
Setelah ditenung,ditilik akhirnya warna tema bagi
watak sampingan ialah


- NIKAH : APA-APALAH (Biru Tekos ok tak?)

- KENDURI : CREAM


-CLIGHT DINNER : KUNING

-BERTANDANG: UNGU PINK

4. DEWAN

Untuk dapat dewan tanya sana tanya sini.Lihat tempat pertama
rasanya agak besar.Tempat kedua ini mengikut
perkiraan pertama ialah pilihan terakhir.

Tetapi apabila melihat lokasi dan viewnya,

terus jatuh hati.Yakin pilihan itu betul.

Rancangnya esok mama akan pergi
untuk mendapat maklumat lanjut

dan membuat tempah tetapi

tidak dapat berbuat demikian kerana mama mesyuarat.

Walaupun abah hari pertama di tempat kerja baru tapi

abah berkejar juga ke sana pada waktu makan

tengahari.Lega mama apabila menerima sms abah

yang memaklumkan tempahan telah dibuat.Amin.

DEWAN SERBAGUNA TASIK AMPANG HILIR


5. KATERING

Masih mencari-cari yang terbaik.Fikir tentang menu,kos,
bilangan dan sebagainya.Hingga kini belum membuat
keputusan tetapi akan bertindak segera kerana
menurut mereka yang berpengalaman
waktu cuti sekolah biasanya sibuk dan bimbang sudah penuh.


6. FAMILY GIFT

Sebahagian daripada family gift ditempah
oleh AJK dari Suakasih semoga
pengantin akan terus berkasih sayang.

Untuk keluarga ni hajatnya nak buat kelainan sikit.
Nak main-main(bukan main to duduk) tapi
bawa erti dan sebagai kenangan juga
sebagai ucapan terima kasih atas
sokongan dan bantuan.
Terima Kasih
daun palas
hehehe


7.DOOR GIFT

Urus setianya ialah:

Mama beri sepenuh kepercayaan kepada adinda ini
untuk membuat pilihan kerana mama tahu

cita rasa mama sama dengan cita rasanya.
Selamat menjalankan tugas.

8.MEJA MAKAN/PENTAS


Hafiz kata dia tak nak bersanding justeru itu,
mama cadangkan untuk meletak meja
makan pegantin di atas pentas supaya
tidak nampak kosong dan untuk menyerikan majlis.

9.BAJU


Pakaian semasa menyambut menantu nanti
mama cadangkan warna unggu pink
kerana mama dengar-dengar
macam di Sarawak warna
temanya hijau putih(ye keee)

10. MAKE UP


Husss kus semangat apabila mama tanya
tentang bayaran make up.Mahal rupanya.
Kalaulah mama boleh conteng sendiri....
Tapi dah lama tak bermain dengan peralatan itu.
Tapi Chik mungkin boleh,pasal tekun memerhati..
11. BILIK PENGANTIN


Mama ingat nak buat ala kadar je...
tapi biar menarik dan berseri
Ok ke kalau di dewan warna ungu
di rumah dan bilik pengantin warna
krem atau gold
Urus setia yang telah ditempah ialah:


12. KAD JEMPUTAN




Mama teringin nak buat kad idaman
tapi tidak pasti tercapai atau tidak.
Draf dah buat ,peta Izzat dah tolong ambil
dari google cuma belum lukis lagi.
Juga belum ke mana-mana kedai untuk
banding harga kerana bilangan tetamu belum pasti.
13. HANTARAN


Sebahagian dah beli tapi....
tempat untuk letak belum buat keputusan.
tak apa,yang ini lambat sikit...

14. GAMBAR


Juru gambar yang akan ditempah ialah


dan
Semoga ketika itu mereka free .....

15. TEMPAT TINGGAL


16. Kenderaan


Untuk di sana dan di sini.Beca pun ok kan?

17. Makan minum

Di sana dan sebelum majlis di sini.

18. Lagu dan 19. CD

Diuruskan oleh orang yang sama.Kenapa?
Kerana:
  1. kepakarannya
  2. minatnya
  3. mengetahui semua jenis lagu(kira seni jugaklah)

  4. keremajaannya
  5. lebih kurang seusia dengan pengantin

  6. Kiranya sejiwalah

  7. dan dan dan nanti kembang hidung pula

  8. oklah tu.. ayu lagi...

20. Borang-borang

Abahlah nanti yang tolong uruskan

21. Senarai Jemputan


Dah senaraikan mana yang ingat

22. Pelantikan AJK
Perhatian!perhatian!
Sila pilih AJK apa yang disukai.
jangan berebut,jangan bergaduh
yg dulu didahulukan.Terima Kasih.

Pesanan : Gambar-gambar hanya hiasan semata-mata,
tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada.
Harap maklum.

Wednesday, December 23, 2009

berbicara tentang rindu

datanglah dalam mimpiku walau sekejap cuma...

Melihat fotomu,.
Ada kerinduan yang membasahi hatiku.
Saat inginku tulis tentang dirimu,
Penaku bergetar,
Kata-kataku menangis.
Waktu itu, aku terus berdoa,
mengharapkan bat untuk sembuh dari sakitnya,
namun ternyata
Takdir Allah telah tertulis perkara lain.
Allah lebih sayangkan bat..

Ya Allah…, tempatkanlah ayahku
ditempat yang terbaik disisi-Mu ya Allah,
terimalah segala amalannya, ampunilah
segala kesalahannya, tabahkanlah
kami yang ditinggalkannya…


lima tahun yang lalu …
tepatnya 12 dec 2004,
engkau meninggalkan aku,
saudara-saudaraku dan mi.
Engkau meninggalkan kami semua
untuk selamanya. Aku ingat waktu itu
masih dalam bulan syawal dan kita
masih merayakan Idul Fitri.



Kebelakangan ini, kebanyakan siri drama yang cerita pasal bapa,
di televisyen, buat aku rindu pada bat.
Secara jujurnya,
aku masih lagi dalam keadaan sedang membiasakan diri,
hidup tanpa bat. Walaupun sudah lima tahun berlalu,
tapi aku masih ingat di kala akhir aku melihat bat
memasuki ruang bilik pembedahan di hospital usm.
Selepas dioperasi, bat terus tidak sedarkan diri dan
kemudiannya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Rindu betul aku pada bat.

Aku mungkin bukan penulis yang hebat,
atau bukan seorang akauntan yang ternama,
dan juga bukan guru kelas tusyen yang terlalu bijak,
tapi cukuplah hanya menjadi seseorang yang terbaik di mata bat.
Aku selalu mahu bat ada rasa bangga dengan setiap pencapaian aku.

Dan bat yang banyak mendorong kami menggapai kejayaan,
sehingga lahir seorang usahawan, akauntan, guru, doctor,engineer dan arkitek
dalam keluarga kita.

Bat, aku juga bangga dengan bat.

Bila aku jumpa kawan-kawan atau anak-anak murid bat ,
ramai cerita pasal bat pada aku. Kata mereka, bat baik. Terlalu baik.
Kerja-kerja bat selalunya teliti,bat kelakar,suka tolong orang,
Banyak jasa bat pada masyarakat…bat kalau dah buat kerja,
bat buat sehingga sudah semuanya.
Takut betul aku kalau aku tak boleh jadi macam bat.
bat memang kuat bekerja. Dari kecil,
aku lihat bat buat macam-macam kerja dari bela kambing
sampai menanam tembakau pun bat pernah buat.

bat selalu buat kami gembira

Waktu kami sedih, kami sakit atau kami kecewa,
bat lah banyak nasihat kan kami.
aku masih ingat waktu aku nak ambik SPM dulu.
bat ambil cuti untuk beri semagat,bagi kekuatan pada aku.

aku rindu waktu- waktu itu, bat

aku selalu ingat pesan bat.
Bat aku mahu jadi anak yang baik pada mi dan bat,
Adik yang penyayang kepada kakak-kakak dan abang-abang.
Dan abang yang bertanggungjawab kepada adikku.

bat tinggalkan aku dan keluarga kita dengan pelbagai memori indah,
kasih sayang yang melimpah ruah serta nasihat yang berguna untuk kehidupan kami.
Mana mungkin aku bakal kecewakan bat.


bat …. maafkanlah anakmu ini yang kurang banyak berbakti kepadamu

bat …. maafkanlah anakmu ini jika pernah membuat engkau marah dan kecewa

bat …. semoga engkau dilapangkan dalam kuburmu dan diampuni semua dosa-dosamu

bat …. semoga engkau mendapatkan yang terbaik disisi-Nya

bat … aku rindu bat

bat … aku sayang kepadamu

Walau hanya dalam mimpi

terbersit di ingatanku……
kehadiranmu menanamkan dasar dijiwaku
ketegasan dan kelembutanmu
tertanam dalam…. sedemikian dalam….
Kini engkau telah pergi…. kepangkuanNYA
Meninggalkan rindu yang tertoreh demikian dalam
Entah bila lagi ku dapat berjumpa kembali
Walau hanya dalam mimpi… bunga tidur
sungguh saat itu sangat kunanti nanti…
Hadirlah…..
Datanglah….
Penuhilah mimpiku dengan kehadiranmu
Sungguh ku merindukanmu
Dalam diam menetes setitik air mataku…
bat engkau ku rindu…
Salam Sayang
Salam rindu
Salam Hormat
semoga engkau bahagia di sana…..

sesekali dinda menulis
berbekas di jiwa
terlerai mutiara
we all love bat
al fatihah untuk arwah
ubatkan rindumu pada yg masih ada
termasuk dakuhehehe
(unk tukar mood sedih)
2009 Disember 16 15:55


chalk is talking berkata...
laju saje air mata keluar dari kelopak mata..
setiap bait2 tulisanmu begitu jelas menampakkan hatimu..
sungguh rindu pada bat..
sangat2 rindu..
Bat,sejahterala roh mu di sana,
semuga rohmu dicucuri rahmatNya selalu..
amin..
Al-Fatihah...
2009 Disember 16 16:01

datang lah... berkata...

aku bukan penulis hebat yang bisa memintal bait2 kata menjadi permata...
aku bukan penyair dari gunung yang bisa berkata2 selancar air di kali...
tapi aku adalah seorang pembaca yang setia...
aku hanya mampu membaca tulisan kamu,
kamu dan kamu selama ini bertemankan sebak didada...
aku tak mampu menulis sebaik kamu,kamu dan kamu.
tapi percayalah....
itu adalah isi hatiku...
isi hatiku yang ku pendam selama ini...
wujubnya blog ini pun atas dasar rasa rindu dan sayang ku padanya...
pabila aku merinduinya aku selalu memakai kain pelikat lusuhnya...
aku tak tahu sampai bila kain pelikat itu buleh bertahan...
tapi yang pasti aku akan menjaganya sebaik mkin...
cincin delima merah...
sejak dari hari itu cincin ini tak pernah keluar dari jari manis ku...
kenapa,ya kenapa...
aku boleh rasa kau ada dekat dengan ku...
ya allah kenapa aku hanya boleh merasainya sahaja...
kenapa aku tak bisa melihat,mdengar gelak tawamu...
aku rindu...aku rindu...sunguh aku rindu...
Bat....datanglah..Datanglah aku ingin bertemu.
Bat dengarkanlah, aku ingin berjumpa...
datanglah...
Walau hanya dalam mimpi...
2009 Disember 16 18:31

Tanpa Nama berkata...
kau penulis hebat
kerana
ada tema
ada persoalan
ada nilai
ada pengajaran
ada plot
ada watak
malah semua lengkap.
tapi yang paling nyatakau dapat meluahkannya
kau dapat meredakan gelora rindu itu
luahkanlah
moga dapat menenangkan jiwa
yang sayu
kerana kita amat rapat dengannya
tapi pesan kanda
yang pergi biarkan pergi
biar bersemadi dengan aman
berbekal doa anak cucu
diiring zikir dan fatihah
itu tanda kita mencintainya
dan yakinlah dia juga
amat mencintai kita.
mungkin disember menebalkan rindu kita pada arwah
redakanlah jiwamu..
2009 Disember 16 20:07

dapat merasainya... berkata...
terima kasih kanda...
terima kasih dinda...
bukan pesoalannya
menulis hebat atau tidak
yang ptingnya kita dapat meluahkan rasa di hati...
ya betul dinda
setuju dengan kanda berkata...
"yang pergi biarkan pergi
biar bersemadi dengan aman
berbekal doa anak cucu
diiring zikir dan fatihah
itu tanda kita mencintainya
dan yakinlah dia juga
amat mencintai kita.
"dan apa kata kita kumpurkan anak dan cucunya
untuk mdoakannya dan sekali gus
mzikirkan nya beramai2
hanya itu yang mampu kita lakukan...
semoga segala doa diiringi
zikir serta fatihah terus sampai kepadanya...
dinda boleh rasakan dia cukup...
cukup dekat dengan dinda sekarang ini...
dimana mana ada dia dihati dinda...alfatihah buat bat....
2009 Disember 16 22:07

Bicara rindu Putera "BONGSU"


Tidak terdetik pun bagi aku utk megusik
emosi kalian dengan tulisaan aku
"datanglah dalam mimpiku walau sekejap cuma.."
apa yang aku tulis cuma harapan aku,kerinduan aku,
kasih sayang aku pada dia..


tapi hari ini aku merasa lega..lega dengan segalanya..
aku rasa dada tbuka luas
aku rasa bnafas dengan puas
aku rasa dunia ini lapang
aku rasa gembira tak tpalang


mkin apa yang aku pdam selama ini telah tluah
mkin juga ada hajat telah termakbur

aku pulang dari kerja agak lewat malam tadi
asha dan anak2 di kuantan myambut pulangnya mak dari haji
lagi pun pulang awal duduk seorang diri
jadi habiskan masa buat kerja diopis sdiri


selapas mandi menyucikan diri
bwuduk untuk solat dmlm hari
zikir dan fatihah dhadiahkan
doa kepada ilahi di munajat kan


terlena dsofa bteman kan tv
terasa sejuk mnusuk diri
mcari selimut dtepi tv
masuk ke kamar mrehatkan diri


mata susah utk dtutupi
tringat seorg yg tlah pergi
hadiah fatihah diberi
semoga dia dberkati


aku tak igat bila masanya aku tertidor
apa yg aku igat aku sedar dr tidor..
aku mnagis...

ya allah kau telah makburkan doa ku ini..

malam tadi..
mimpikan arwah bat aku..dah lama betol aku tak mimpikan arwah..
dan 2,3 hari ni aku rindu sangat kat dia..
lalu aku cuba kuatkan diri utk mnulis ttang dia


mkin tringatkan 12/12 kut
terigat masa tugu bat kat icu..
terigat masa abg wan call
cakap doktor pgil...bat dah tenat
tu yg terasa sgat tu...

kali terakhir aku mimpi arwah masa sblm adik nor kawin..
kira-kira dah dekat2 8 bulan aku x mimpikan dia..

masa tu aku tak cerita kat sapa2 pun
takut nanti suasana majlis tu jadi sedih
cuma tiap pagi atau petang masa di kg raja aku
gi ziarahi bat d kubur tu pun aku xbagi tahu org lain
ada juga sekali dua ajak syahmi gan adik ma

smlm aku mimpi jumpa arwah kat rumah mak pah..
masa tu yg aku ingat semua ada, ramai sangat..
seigat aku lah yg ada dlm mimpi tu..mak pah,mak jah,ayah leh,
ayah him,ayah long dan long...

aku salam tangan bat, aku tanya dia sihat ke?
dia cuma senyum aje kat aku..aku cium pipi dia
pastu aku ckp lamanya dah x jumpa n aku rindu sgt kat dia..
dia pon senyum lagi sambil aku menangis2 pegang tangan dia..

aku sedar2 aku menangis sepuas hati aku...
aku turus bangun dari katil dan terus
gi mandi...aku buka computer terus menulis
cerita mimpi aku ni..bukan apa, aku takut sangat
lupa cerita manis ni...
aku tutup computer terus aku sbyan subuh
doa dan fahtihah dhadiah kan kepada bat
dan keluaga yang telah pergi...

tp smpai skrg pon aku masih teringat mimpi tu..
wajah arwah yg bseri2 dan tersenyum aje tgk aku..

sedihnye..
dah lama x tengok arwah senyum mcm tuh..
aku sedih...
nk menangis..
teramat rindu pada arwah..
aku redha pemergiannya dan insyaAllah aku akn lebih kuat lps nie..


arwah tau ke aku rindu kat dia? Wallahualam..


Siapa Berkata ?:

aku dapat rasa apa yang kau rasa

maaf aku tak dapat teruskan comment ku...
air mata menitis laju,menbasahi computer ku ini
...ya allah...ya allah...ya allah...

2009 Disember 17 15:14


mawar berkata...

adikku
kau beruntung
hajatmu menjadi nyata
walaupun buat seketika
pasti rindu semakin reda
allah maha mengetahui kehendak kita
kanda jua lama tak dikunjungi dia
di alam mimpi-tiada,
apa lagi di alam nyata
tapi kanda,sering ketemu wajah mirip dia
buat jiwa teronta-ronta
rindu kanda tidak terkata
moga dia bahagia di alam baqa
amin..

Petak...

Dalam hati kita ada dia.
Dalam minda kita ingat dia.
Dalam jiwa kita terkubur dia.
Semua matahari yang terik turut basah.
Semua awan yang mendung turut menangis.
Semua bulan yang cantik turut merintih.
Dan mari lah jadi imam,doa kan Al-Fatihah.
2009 Disember 17 18:41



chalk is talking berkata...
huhuhuhuhuhu.....

bahagianya bila hajat kesampaian..
bertuahnya dirimu,kekanda..
walaupun hanya dlm mimpi..
aku juga berharap dpt mengucup tangannya sekali lagi..
huhuhuhuh

up/s: 8 bulan lalu,apa yg dimimpikan?
2009 Disember 21 16:59


Dikau berkata...
8 BULAN LALU DIA DATANG...

DIA DATANG TANPA KATA TANPA BICARA
HANYA AKU YANG BKATA DAN BBICARA
HANYA SENYUM YG DIBERI
AKU FAHAM AKU MGERTI
APA MAKSUDNYA YANG TERSIRAT DI HATI
........."PERMUDAHKAN".............
2009 Disember 21 17:15

Thursday, December 3, 2009

riak keletihan


keletihan bonda terubat setelah dapat
melelapkan mata seketika

keletihan warga emas
yang kuat semangat

keletihan kerana kesenjaan


keletihan menunggu mereka yang mengerjakan
sembahyang raya

keletihan dalam senyuman

keletihan sambil mengenang
masa depan

keletihan yang amat sangat
hingga tertidur di sofa
menunggu suami balik dari solat jumaat

keletihan yang dikongsi bersama

keletihan tetapi masih rock

pesanan leluhur

jangan bersiul dalam rumah
tambah lagi secara berduet

makan biar bersantun
tambah lagi bakal pengantin

jangan termenung jauh
tambah lagi gaya James Bond
anak dara dilarang minum di tangga
tambah lagi dara pinggitan
dilarang duduk terkangkang
tambah lagi depan khalayak
Dilarang makan sambil berdiri
tambah lagi sesi lakonan