Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah izinnya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perpisahan En.Zaikham Husin ke SMK Gombak Setia
Sesungguhnya
saya tidak menyangka bahawa beliau akan pergi dalam masa terdekat ini setelah sekian lama mencurahkan
bakti di sini .Rupanya beliau lebih dulu dari saya melangkah pergi. Nyatalah desiran
berita hinggap di telinga ini benar bukannya mimpi. Kami warga sekolah amat sedih kerana akan kehilangan seorang
guru dan sahabat yang sangat dedikasi .
Sebak hati bukan sedikit
Kerana kini tibalah detik
Diberi peluang ucapan
dititip
Ucapan terakhir untuk si
adik
Yang akan berundur menunggu
detik
Pesanan saya sebelum pergi,
Renungilah alam dan makhluk ciptaan Illahi,Menjadi iktibar menggurui diri,
Kias ibarat kehidupan insan di bumi.
lihatlah
Sawah terbentang suburnya
padi,
Berbuah lebat menjadi rezeki,
Semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.
Berbuah lebat menjadi rezeki,
Semakin berisi, semakin tunduk ke bumi.
lalang yang tumbuh sendiri,
semakin subur mencengkam bumi,
semakin mendongak ke langit tinggi.
Terima kasih dinda
kerana,
Belum diseru sudah
turun.
Itulah insan sikapnya
tekun.
Belum dipanggil sudah
datang,
Pada diri ,adanya
semangat juang.
Belum disuruh sudah
pergi,
Berbuat sesuatu
dengan rela hati.
Belum dipinta sudah
memberi,
Suka membantu dan
bermurah hati.
Belum diminta sudah
berbuat,
Itulah tindakan
membawa berkat.
Dedaun segar disinari
mentari
Pancaran hingga
seluruh taman
Budimu dinda dalam
memori
Takkan dilupa ke
akhir zaman
Berdasarkan pengalaman dan
kesungguhan beliau saya yakin beliau mampu menjadi PK Kokurikulum yang dihormati
dan disayangi di sekolah baru beliau kerana
jika sudah benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Gugur ke bumi tumbuh
menghijau
Dan saya amat yakin dengan ketentuan tuhan
Pasti
di sana peluang terbentang
Jadi
....Laluilah kepayahan untuk temui
kemudahan,
Rentasilah kesusahan untuk
rasai kesenangan,
Hadapilah keresahan untuk
capai ketenangan,
Dan rasailah kepahitan
untuk kecapi kemanisan....
En.Zaikham
Tibalah saat menyusun jemari
Membuang segala kerikil
menyalut hati
Maafkan kami andai ada salah
silap tanpa disedari
Agar perpisahan ini indah
dalam memori
Selamat jalan wahai dinda
Kami di sini bekalkan doa
agar dinda sihat sejahtera
dapat mengalas amanah dan kerja
setiap langkah dalam rahmatNya
Dan saya sudahi ucapan saya
dengan 3 rangkap pantun
Dilurut-lurut batang selasih
Batang selasih ditimpa jala
Tak kenal maka tak kasih
Sudah kasih berpisah pula
Rendang merimbun pohon
melati
Ditiup angin menderu-deru
Pergi dinda rindunya pasti
Kenangan kasih pengubat
rindu
Jernih tasik bagai terbayang
Berkilau indah bagai permata
Pergilah dinda pergilah
sayang
Demi bangsa agama tercinta
Sekian terima kasih