Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
teman @ adik
Jangan bermain api
Nanti terbakar diri
Juga jika takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Tambah lagi sudah pasti ada tsunami
Percayalah
Kenyataannya tidak
Seindah impian
Jangan pula..
Yang kejar tak dapat
Yang dikendung berciciran
Jagalah yang ada
Baiki yang rosak
Lurus yang bengkok
Kembangkan kembali yang kuncup
Itu lebih bererti
dari menguji yang tak pasti
yang jalannya berliku
penuh duri
Kembalilah…
makan-makan
Sedih?
26.4.2012 :
Hari ni...
Nun kata mama kelihatan sedih
Kenapa pulak?
Betulkah mama kelihatan begitu?
Bukan ke manih leting?
Tapi...
Realitinya hari ni mama ok
Tak de apa yang mengusik hati...
biasa je...
Cuma...
kalau ada pun...letih
banyak hal perlu diurus
Atau...
mungkin kerana...
bayu yang menyampai kata
yang tidak disangka
tentang mereka.
Apa pun mama sentiasa
cuba berbaik sangka...
tak ada apa-apa...
cuma riak-riak biasa
Lanjutan dari kasihankan mama
yang disangkakan bersedih
mama menerima panggilan telefon
mulanya berbunyi memujuk
dan disambung dengan paksaan(hihihi)
Panggilan dari 2 orang adik mama
mereka dah pun menunggu di kereta...
alahai adik-adik
maka menujulah kami
ke hentian biasa-JJ.
Friday, April 27, 2012
Siapa?
Pagi ni mama buka blog mama
terkejut amat(tapi bukanlah sampai tahap terkejut beruk)
Aiii siapa punya kerja?
dah jadi lain...
rumah baru...
bentuk baru...
Ayaaaa....mama punya blog diceroboh ye?
nasib baiklah
ada ala-ala cita rasa mama
ada bunga...sweet jugak...
Tapi....
Siapa punya kerja ni?
Adik Amirul?Izzat? atau Innn...
atauuuuuu....mungkinkah ME?(tapi tak mungkin)
Sila mengaku sebelum penyiasat upahan dipanggil.
Sekian Terima Kasih.
Wednesday, April 25, 2012
Sirna?
Hihihi....makan malam
Bila?
Untuk apa?
17.....
bukan...
21....
bukan...bukan..
tapi....23....
oklah ...ada juga...
biasa-biasa je?
HJ?
UT?
hihihi...
apa-apa jelah...
Yang nyata kami dah tua
tapi.....
cinta tak pernah sirna...
mudah-mudahan...
Moga kuntuman kasih tetap mekar
wangian cinta tetap semerbak
Tiang kesetiaan masih utuh..
dan...kami di bawah rahmatNya
Amin.
Bila?
Untuk apa?
Bila?
bukan...
21....
bukan...bukan..
tapi....23....
oklah ...ada juga...
Untuk apa?
biasa-biasa je?
HJ?
UT?
hihihi...
apa-apa jelah...
Yang nyata kami dah tua
tapi.....
cinta tak pernah sirna...
mudah-mudahan...
Moga kuntuman kasih tetap mekar
wangian cinta tetap semerbak
Tiang kesetiaan masih utuh..
dan...kami di bawah rahmatNya
Amin.
Tuesday, April 24, 2012
Tidak Mustahil
Sebelum ini mama pernah merajuk
bila abah lupa tarikh itu
mama dalam diam menunggu anak-anak ucapkan
malah tahun lepas mama masih berupaya
membentuk soalan kuiz.
Tapi tahun ini...
Allah telah menarik ingatan itu dari mama.
Mama betul-betul lupa...
tidak terlintas langsung
Yang hairan tarikh lahir dua orang adik
pada bulan ini ada dalam memori
kenapa tarikh romantik tu(hihihihi) mama boleh lupa.
Hinggalah kelmarin....
jadi kami mula meneka siapa penghantarnya,,,
Lalu mama berkata mungkin sempena anniversary
Boss lalu berkata: mana ada orang kahwin bulan April...
Dupppp....jantung mama tersentuh karan...
Hihihi April?
Bila ye?masih lupa....
rasa April tapi berapa hb...
balik rumah...baru dapat jawapan
huhuhuhu...rupanya tidak mustahil
pekara ini boleh berlaku....
Sunday, April 22, 2012
mataaaa...
sejak kecil mama mendapat info
yang itu membawa petanda...
Tapi bila dah tua-tua ni...
macam tak lojik je...
kadang-kadang tanpa berkelip pun...
menangis juga...
atau...berkelip-kelip bagai nak rak
tapi tak jumpa sapa-sapa pun.
Jadi mama rasa benar
kata teman-teman:
saraf.....
sejak akhir-akhir ni keraplah pula...
itu tanda saraf lemah ye?
atau dalam kata lain...badan lemah...
kerana?
hihihi....tuaaaa...
lalu mama selongkar google
nah....ini yang mama jumpa....
Mengapa Mata Berkedip-kedip?
Labels:
Informasi
1. Tekanan:Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata.
Jadi....mama tak leh tekan2lah ye.... hihihi
Jadi....mama tak leh tekan2lah ye.... hihihi
2. Kelesuan: Kekurangan tidur- Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada
penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata
dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih
kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching.
Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan
mendapatkan kuasa kacamata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka
masa yang lama juga boleh menyebabkan masalah ini.
4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
alhamdulillah....mama tak terlibat
alhamdulillah....mama tak terlibat
5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan
warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering
juga sering terjadi kepada pengguna komputer.
nasib baik mama masih muda-kuang.kuang.kuang
6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Kekurangan nutrisi seperti magnesium.
rasanya betulll...
6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Kekurangan nutrisi seperti magnesium.
rasanya betulll...
7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan
mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair.
Subscribe to:
Posts (Atom)