
dia adalah teman
tapi seperti adik
juga mungkin seperti anak
itu sebabnya...agak prihatin
bagai tahu isi hatinya...

dia masih muda
masih luas peluangnya
masih panjang langkahnya
jadi...jangan kecewa
jangan memendam rasa
jom...nyahkan derita

dari bicaramu
dari susunan kata
dari ukiran bahasa
rasanya bagaiku tahu
gerak hatimu

apa yang tersirat
apa yang diharap
ahhh...biarlah
bunga bukan sekuntum

itu namanya tiada jodoh
mungkin hanya sesuai sebagai kawan
tempat bergurau dan bergaduh...

jika benar pandangan mata ini
gerak hati ini
kenapa lewat bersuara?
sukar luahkan ?

kalau begitu lupakan
dia dah jadi milik orang
andai kata selepas ini terdetik hati
pada yang lain
jangan tunggu lama-lama
bimbang dikebas orang

moga tabah hadapi masa mendatang
moga beroleh kebahagian...
amin
No comments:
Post a Comment