Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Sunday, February 7, 2016

Pusingan ke-2


Rabu : 3. 2. 16


pusingan kedua


proses yang sama


hadapi je....


Thursday, February 4, 2016

gugur


Selasa : 26.1.2016
hari ke-14
dah mula gugur 


Tuesday, February 2, 2016

lesu


14,15 dan 16.1.2016

 
hari kedua , ketiga  keempat selepas kemo
sama saja...
letih dan loya2..
sabar ye ... wahai badan...




Friday, January 15, 2016

bilik hinggap




mula 13.1.16 mama mula menginap di bilik ini
siang hari ni je...supaya tak yah naik turun


alhamdulillah...hari pertama dan kedua
berjalan lancar...
walaupun pada petangnya dah mula 
kurang selera makan



ni pula bilik2 yang bakal mama tumpang sehari... 
mungkin 3 minggu sekali
semasa sesi kemo
moga  baik2 saja


untuk sesi malam
moga masih berpeluang
melihat dunia pada paginya

 







bermulalan episod kemo


Rabu : 13.1.16


kali ini pergi dengan penuh reda
moga tindakan ini tindakan terbaik
sampai agak lewat sikit dari biasa
tapi pesakit tidak terlalu ramai seperti minggu lepas



seperti biasa dimulakan dengan ambil tinggi,
juga timbang berat badan....tinggi dari minggu lepas
(sobsobsob)
tekanan darah....ok sikit
ambil darah lagi
sementara tunggu keputusan darah hari ni
jumpa dr dulu
alhamdulillah....dr kata dari keputusan darah minggu lepas
semua clear...xde hapititis....alhamdulillah


bila keputusa darah hari ni sampai
katanya ok...boleh mula kemo hari ni
sementara order ubat kemo sampai
mama dibenarkan ke famasi
untuk bekalan di rumah nanti
dan sempat makan di kafe



episod kemo bermula dengan masukan
ubat tahan muntah dan sejenis lagi ubat (lupa pulak)
setelah itu masukkan air
bila ubat kemo sampai
misi datang masukkan satu persatu (3 jenis ubat)
duduk di sisi mama
sambil terang itu ini
yang menambah ilmu mama
selepas proses itu misi tinggalkan mama
dengan air lagi

sakit ke?
sakit jugalah...
tapi taklah sangat...boleh tahan...
hampir pukul 3 semuanya selesai
alhamdulillah...hari ni berjalan lancar