Showing posts with label ninda. Show all posts
Showing posts with label ninda. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

rindu


Hari ni terjumpa gambar ni kat fb
huhuhuhu...
rindu makin menebal
disalut pilu....


Terkenang zaman kanak-kanak
Arwah Tok Ayah suka kuih ni
kuih karah...
Arwah Mak Aji setia menyira 
walaupun berkerusi roda...

aduh...
sebaknya...
ketika bulan Ramadan beginilah
mereka sering menikmati kuih ini...

oh...
Al-Fatihah...

Wednesday, November 25, 2009

warisan ninda/tok




Aruah Tok Pah terkenal kerana kepakaran membuat nasi dagang.


Dia pernah menjual dan mengambil tempahan.Dia hanya



menjual di jemoran rumahnya aja.Sekejap saja dah habis.



dia terkenal di Kampung Raja kerana kepakarannya.



Selain nasi dagang tok juga selalu buat tepung kapur



ala-ala kosui tapi diperbuat dari tepung gandum dan



dipotong nipis-nipis.






Tok juga jual pulut lepa.Ramai peminatnya.

Tok juga mahir buat apam,apam bakar dan apam kuah.


Apam bakar,jika tok tambah telor lagi best...



Apam kuah tok teramatlah best.Aku tak pernah


jumpa lagi apam kuah sesedap apam tok.Tepung


beras untuk buat apam tok kisar sendiri dan kami


cucu-cucu turut menyibuk untuk tunjuk kemahiran mengisar.


Kuah apam tok best.Kak Nab dapat sikit ilmu ni.


Aku hanya tahu salin respi dari kak nab setiap kali


jumpa,tapi tak pernah buat.




Tok juga pandai buat akok nisan(berkedut)Tok bakar


dengan sabut kelapa.Wangi akok tok menusuk hidung.

Sayangnya kepakaran itu tidak dapat pada aku kerana semasa


hayatnya aku tidak berminat untuk memasak yang


aku tahu makan saja.Sekarang bila tok dah tak ada baru aku


cuba belajar,pastinya tak sama dengan masakan tok.










Thursday, October 1, 2009

mak jah

LIJAH AWANG BESAR(MAK JAH)


Seorang yang penyayang dan rajin.
Dengan berkerusi roda dia dapat mengurus rumah tangga.
Membasuh,memasak dan menyapu dll


Bermanja dengan DikNor dan Abe Sapuan


Walaupun sudah tidak boleh berdiri dan berjalan dan berkerusi roda
dia tetap rajin-melipat kain,kupas bawang
dan apa saja yang boleh dibuat sambil duduk

bermain dengan cicit

bermanja dengan cucu

menanti ketibaan anak2,cucu2 dan cicit2.

walaupun dah tak berapa kuat tapi sempat
ikut serta masa konvo mama pada tahun1985
di USM

tok ayah


Banyak kenangan indah bersama Tok Ayah.
Aku bersyukur mempunyai datuk sepertinya.
Aku dapat merasai kasih sayang,
dapat menikmati zaman kanak-kanak yang tidak ternilai
dan mungkin takkan ku peroleh lagi kenangan seperti itu.
Sebenarnya pada awalnya aku hanya memanggilnya ayah
kerana keakraban sebagai cucu sulung.
Tetapi selepas adik-adik lain membesar
aku mula terikut-ikut memanggilnya tok ayah.

Sewaktu kanak-kanak aku banyak menghabiskan masa
bersama tok ayah dan mak Jah.
Masih terngian-ngian di telinga batuknya
yang beralun bersama azan subuh.
Apabila terdengar saja suara itu aku bagai disambar petir
terus bingkas bangun.
Dia bagai alarms buatku.
Kenapa?
kerana seperti biasa aku akan mengekorinya
menyusuli pantai selepas solat subuh.
Dia akan menebar jala dan aku akan membimbit
hasil tangkapan yang telah diikat dengan tali.
Kadang-kadang sambil menjala datuk menusuk-nusuk
tanah dengan kayu dan terjumpa telor penyu.Best...

Masih terbayang pasir memutih,
alunan ombak yang merdu,
tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
Sungguh indah tika itu yang kini tidak mungkin
dapat kukecapi lagi bersama tok ayah.
Malah aku juga pernah bersampan
dengan tok ayah ke rumah mak besar.
Sekarang aku tercari-cari alur itu.
Sudah tiada lagi,ditimbus dan dibina rumah.
Aku sudah banyak kehilangan bahan bukti
bersama tok ayah iaitu perahu , jala dan lain-lain
tetapi memori bersama tok ayah takkan padam.

tempat jatuh lagi dikenang



Pada hari raya ketiga aku bersama mi,adik dan Haris
ke rumah Cik Nab.Rumah ini asalnya rumah Tok Long
iaitu rumah nenek saudara mi yang terletak di hadapan
rumah tok ayah dan mak Jah sebelum berpindah
ke rumah baru di Gertak Seratus.

Di sini aku membesar dengan penuh kasih sayang
dan diselimuti memori indah walaupun mungkin
tidak seselesa sekarang.Keadaan di sini sudah
jauh berbeza.Tiada lagi telaga di luar rumah tempat
kami bermandi -manda walaupun airnya agak payau.

Tiada lagi pagar yang memisahkan rumah tok long
dengan rumah mak.Pintu pagar yang gah suatu ketika
dulu sudah tiada.Bentuk rumah asalnya juga sudah tidak
kelihatan .Dulu tangganya tinggi di perbuat daripada batu.
Gah ketika itu.Dari tangga itu jugalah aku pernah jatuh.
Dulu ada 2 atau 3 pokok ninja tapi kini tiada lagi.Dari
pokok ninja juga aku pernah jatuh dan terseliuh tangan.
Baruku sedar rupanya dulu aku juga lasak ataupun lembik.

Buah jambu yang bertaburan jatuh ke dalam koloh juga
telah tiada.Tiada lagi pukat yang dibentang di bawah pokok
untuk menahan jambu dari jatuh ke tanah.Dulu aku rasa
tanahnya luas untuk aku berlari-lari dan bermain tapi
kini terasa amat sempit.Adakah kerana rumah yang dibina
kini semakin besar atau aku yang semakin membesar.

Sayu hatiku apabila aku mencuri pandang ke rumah lama
mak.Nampak begitu tua mungkin setua pemiliknya.Terasa
aku ingin menjejakkan kaki ke sana tapi aku lihat ramai
saudara mara penyewa yang ada di tangga rumah.
Laluan di depan rumah mak juga terasa terlalu sempit.
Dulu di situlah kami menjemur kain.

Aku amat berharap untuk naik ke rumah itu suatu
hari nanti sebelum aku meninggalkan alam ini.
Sudah berpuluh tahun aku tidak menjejaki rumah yang
banyak menyimpan memori kasih sayang itu.
Setiap sudut rumah itu masih jelas di ruang mataku.
Aku amat merindui rumah itu dan pemilik rumah itu.Huhuhu...