Showing posts with label ayahanda bonda. Show all posts
Showing posts with label ayahanda bonda. Show all posts

Sunday, December 27, 2015

lambaian desa

 

Sabtu : 26.12.15


hari ni tok mi nak balik kampung lagi
jenguk rumah kesayangan lagi
balik walaupun sekejap
untuk melerai rindu


selamat berangkat
moga di permudahkan semuanya
semoga selamat pergi dan selamat kembali









Tuesday, March 31, 2015

selesai


petang...
sampai aport PC
dah serah kunci kereta
jom makan...sementara tunggu kaunter buka
lamalah jugak...




solat dulu


ooo dah berlepas pun...
alhamdulillah selamat sampai...

 

Thursday, December 4, 2014

Nasi Ayam

25.9.2014

hari ni hantar tok mi ke suakasih
kerana tok mi nak terapi

 tok mi juga belanja mama makan
kat chiken rice shop di c4
Terima kasih toik mi

 malamnya
inn dan izzat buat maggi goreng(?)
sedap jugak..



Friday, December 13, 2013

12.12.13

 
Arwah Tok Bat

dah 9 tahun Tok Bat meninggalkan kita
dia pergi buat selamanya pada 12.12.2004
menemui Yang Maha Esa


isteri,anak-anak, cucu-cucu
dan tidak sempat melihat cicit

tinggalkan kita yang masih perlukan belaian kasih
yang masih memerlukan kata nasihat
masih memerlukan tunjuk ajar
memerlukan doa restu

apa pun
walaupun berat untuk menerima kenyataan
tapi kami reda...
kami tahu...ketentuan Allah
adalah yang terbaik

 Apa yang mampu kami lakukan
sebagai tanda kasih dan sayang
hanya doa yang berpanjangan
agar roh ayahanda aman tenteram

Jom anak-anak mama
kita hadiahkan kepada arwah
bacakan yasin dan fatihah
serta doa ditadah
moga diterima Allah....
sebagai tanda kasih tak berbelah


Al-Fatihah.

Wednesday, December 12, 2012

12.12...

 

12.12...angka yang cantik
tapi membawa catatan sejarah buat kita sekeluarga
tarikh yang mengaris bisa di hati kita
tarikh bermula gundah gulana
yang membuat kita sarat menanggung rindu...

saban waktu kita terbayangkan wajahnya
wajah yang terkandung 1000 makna
yang ada di mana-mana...bila-bila masa
ketika kita memerlukannya ketika hayatnya masih ada.


kini...telah 8 tahun berlalu
kita bagai musafir...
bagai ada ruang yang kosong...
tapi kita perlu reda...
dan doa dipanjatkan
sebagai tanda rindu , kasih dan sayang kita padanya
agar rohnya aman di sana
amin...
 

Thursday, August 30, 2012

dari kampung



 Baru-baru ni kedua-dua mertua datang
dan seperti biasa ada buah tangan
untuk anak menantu dan cucu-cucu.



ada juga kiriman dari ipar duai
kiriman biskut raya...
memang mereka bisnis
besar-besaran gitu...
terima kasih La & Yah...



Haaa... mak (mertua) bawa tapai 
yang dibuat khas untuk dibawa ke sini


Tapai dan ketupat merupakan menu utama mak
tapi...tahun ni mak upah orang bungkus ketupat
kerana dah tak larat


Jeruk maman ni
juga hasil air tangan mereka
mereka tanam dan buat
best kata anak-anak...


percaya tak...
mereka juga bawa sambal lada
lada hasil dari kebun mereka....


ni...
ya...ya...
tempoyak...
uhhhh best...



hahhh...yang ni?
sila teka...
lepuk(ye ke ejaannya)
emmmm...best lagi



mereka juga bawa labu
labu ni juga hasil tanaman mereka
labu tu mama dah ubah suai menjadi
sira labu
(gambar ni samar-samar manja)


yang ni pun...
manisss



hahaha...
ni pun mereka bawa
tapi bukanlah begini rupanya...
masa mereka bawa segar bugar
tapi lupa nak snap
nasib baik masih ada 3 biji yang berbaki
untuk dijadikan bahan bukti.

terima kasih mak
terima kasih wan.




Wednesday, December 14, 2011

diiring deruan hujan


11.12.11
sejak pagi hujan tak henti-henti
teringat zaman kanak-kanak
seronoknya mandi hujan...
bersama muzik dari suara katak bersahutan
tapi...sekarang tak de pula bunyi tu...
ke mana hilangnya dikau wahai sang katak....

Bersama alunan hujan mama dan tok mi
terus menjalankan aktiviti
hingga tengah hari

Penghujungnya kami
  1. ke kedai mak su Yah(pesan-pesan)
  2. ke rumah pak cik Khalib(melawat dia yang uzur)
  3. ke rumah mak long Yah(ambil karipap)
  4. ke pasar (cari kotak)
  5. ke pasar(jumpa cik kah-kek choklat)
  6. ke Kuala Besut(ambil keropok)
  7. ke pejabat pak long li(hantar kunci dan packing barang)


Dari sana mulalah kami menuju ke PC
hujan terus menderu-deru
bimbang...amat
tapi buat-buat relek
bimbang tok mi lebih gelabah....

kami tiba lebih awal
alhamdulillah...
dapatlah rehat seketika dan tidak terkocoh-kocoh
(walaupun tak sempat penuhkan minyak)

Alhamdulillah sejam kemudian kami tiba di Subang
Ayah ngah dan cik ngah dah lama menanti
maaf dan terima kasihhhh...

urusan rasmi


Pagi ni lebih berfokus kepada urusan rasmi
Selepas sarapan di kedai Kak Ya
kami ke tmnet Jerteh
nak putuskan talian kerana bayar tanpa menggunakannya
perlu surat mati tok bat
beritahu dah tak de....lama(ohhhh....)
lalu buat je surat rasmi
dengan tulisan seni mama
alhamdulillah selesai


Bertolak semula ke Kg.Raja
Urusan elektrik
bil yang diterima RM700
sedangkan rumah tidak berpenghuni
Di sini Tok Mi turun

Sebelum ni pelbagai andaian dibuat
tapi syukur penghawa dingin tidak berpasang
mungkin tersalah agak
selesai satu lagi tugas

Syukur pegawai yang bertugas
agak berbudi
bercakap secara berhemah
berurusan dengan baik
sama seperti di tmnet

Dari sini kami
selesaikan pula yang kurang rasmi
tetapi agak penting

Penutup tugas rasmi hari ni
ialah menghantar borang
dengan skill yang ada pada tok mi
akhirnya selesai dengan cepat
amin.

Tuesday, December 13, 2011

hajat bonda


Bonda memang berhajat sangat-sangat
untuk balik kampung
dah berulang kali diluahkan...
tapi...
mama agak sibuk

Cuti je sekolah...
mama dikenakan perintah berkurung
hampir 2 minggu
tugas hujung tahun
masih banyak menunggu...

tapi...
akhirnya mama terpaksa akur dengan hajat bonda
mama setuju...
tapi perlu balik KL sebelum Isnin
kerana...Selasa mama mesyuarat

Selepas subuh ayah Teh datang ambil
untuk hantar ke lapangan terbang Subang
Flight kami pukul 10.oo
tapi ayah teh terpaksa hantar awal kerana
hari ni dia kerja


Jadi kami pun bersarapan di sini

Moga kepulangan kami ini
dapat meredakan gelora rindu bonda
pada rumah yang terbiar
pada pokok bunganya (walaupun ada yang mati)
pada pokok limau purutnya yang kekeringan
pada ikan di kolam yang sering kekeringan air