Showing posts with label jamu selera. Show all posts
Showing posts with label jamu selera. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

manis...masam...kelat


Ahad : 24.1.2016


hari ke-12


pagi2 masak 
semalam cik ngah dan ayah ngah datang
bawa apam balik dan pisang goreng
teringin nak masak pinang pisang (???)
ubah suai dari pisang goreng yang cik ngah bawa
sedapppp (hihihi)

 

tapi hari ni sebenarnya kurang sihat
deman dan sakit kepala

tap gi jugak  kenduri
jiran tetangga


petang bila dah redup
gi ke au5 beli mi dengan inn
mama kat dalam kereta je
rojak tak de
kuahnya dah habis...



tak pelah...
hari ni ada rezeki mi mamak
dan air kelapa yang abah proses
alhamdulillah...




Tuesday, February 2, 2016

c4


Rabu - 20.1.2016


hari kelapan
mama dapat bubur nasi hari ni
nun yang hantar...
boleh buat sarapan...tq nun


tengah hari keluar dengan izzat ke c4
nak bayar TM...internet


sambil-sambil makan di Mr Teppanyaki
tentulah pilihan mama ikan salmon
izzat daging...


petang...abah sampai dari besut
kerana esok dan lusa abah ada temujanji di hospital

 



pizza


selasa : 19.1.16

hari ketujuh
letih dah berkurang
loya pun dah tak
maknanya letih dan loya hanya 6 hari
tapiiii...
cukuplah 6 hari


cirit birit , kebas dan sejuk
masih ada.... 
hari ni dah tak telan ubat muntah
maknanya hanya 6 hari ambil ubat muntah
doktor beri bekalan untuk 3 hari saja
selebihnya beli di famasi


malam keluar makan pizza
along belanja
terima kasih daun keladi
nanti belanjalah lagi...






nasi ayam kampung

17.1.16 
(hari kelima)
masih letih dan loya...
mungkin kesihankan mama
abah ajak keluar
makan tengah hari di cheras
alang2 adik ada kat rumah
bawa adik sekali...
 

Monday, December 21, 2015

steakhouse


Ahad : 20.12.15


niat nak belanja anak2 makan
makan chicken chop kat kedai shahril
nun dan maz beritahu shahril baru berniaga di situ
oklah...bawa anak2 sebagai sokongan moral
tapi hajat tak kesampaian
bila sampai...kedai tutup
kenapa ?malam ni  cuti ke?
berubah arah ke tempat biasa
azeezah al-ansar...
malam ni mama tak makan chicken chop macam biasa
makan fish n chips
ala-ala berpantang...
tapi terfikir...ikan apa ni?
alahhh...doktor katakan tak pe
pujuk hati

seri ratu


Ahad : 20.12.15

 di ikea kali ni kami tak makan
jom ...makan yang kenyang terus
jom makan nasi padang...
ok...tapi kat mana?

 situ...jauh
sana... sesak...
kat tu...mahal...
situ..sana..

akhirnya...
jom ke seri ratu ampang...
seperti semalam...
untuk mama sejenis je
tak pelah...sedap jugak
memenuhi cita rasa
tqsm along sebagai penaja hari ni




suraya



sabtu 19.12.15

inn dan arif ajak keluar makan
jommm...


mereka bawa ke kg. baru
restoran suraya
ramai orang...
makanan pun sedap
walaupun banyak-banyak yang diorder
mama hanya makan ikan
huhuhu....masih belum berani



apa-apa pun tq penaja
tajalah lagi
hahaha
selepas tu ke c4 pulak
beli kotak...
untuk baju bersepah
mudah-mudahan selesai sedikit masalah





Wednesday, December 16, 2015

wangsa walk


Selasa : 15.12.15


lama rasanya tak keluar dengan kawan2
hihihi...rindulah tu
kebetulan hari ni ada hal dengan nun
nak minta pengesahan untuk izzat
ingat nak gi sekolah je
abah pulak tak bagi drive lagi
alahai...sayanglah kononnya tu
padahal doktor dah kata ok
tapi kata suami mesti ikut kan...hihihi
isteri mithali katakan...huahuahua
jadi mereka datang ambil mama
bawa mama ke wangsa walk
jamu mata...jamu perut
dan kira2 macam joging jugaklah
hahaha joging kedek2 dalam air corn
joging jugak....atas niatkan
dan kali ni...tqvm reen
belanja kami makan...
best gitu...dapat jumpa2...borak2...
tqvm semua







Tuesday, December 15, 2015

ubah


Ahad :  13.12.15


tengah hari ke nilai dengan along
otw ada cadangan pulak...
makan tengah hari
dah bawa bekal bihon goreng
beli untuk mama jelah kan
hiiiihiiii
tapi ubah rancangan
jom gi makan...


dah selesai urusan di rumah along
inn dah nak balik
arif nak main sepak takraw
tiba2 ubah pulak
tak jadi...dipujuknya along 
ke melaka


dari nilai ke melaka
semata-mata nak makan  nan cheese
kat restoran pak putra
di kota laksamana
tempat kegemaran along
 

mama ubah selera melayu mama
ok juga nan cheese ni
dari nasi ikan bakar kepada nan cheese
bolehkan...tepung je kan?
cheese boleh tak ?


Thursday, December 10, 2015

acara luar


Ahad : 15.11.15


rindunya nak jumpa si kecil
hari ni dah rasa ok sikit
anak2 pun duk ajak
ok jom


alahai...dah berubah
makin comel


balik dari sana
mereka nak ke ikea lagi
tadi sebelum ke cheras dah pergi ikea baru
rupanya belum beroperasi


along nak beli barang
inn nak tengok2
mama duduk je...masih belum berani



petang...adik balik
malamnya bawa adik pergi makan kat keramat
sempena bday dia
walaupun dah berlalu






Sunday, December 6, 2015

ber5



12.10.15

keluar makan...tak cukup ahli

along tak leh gi...balik lewat
 
angah hantar wakil je

 

izzat ada hal


adik tak balik


jadi yang datang kami je