Showing posts with label main. Show all posts
Showing posts with label main. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Hari Keluarga: main-main

Harta Karun


Puzzer

Poco-poco

Rebut gula-gula




Kutip bola ping pong
Lari dalam guni

Susun batu
Ikatan kasih



Bawa kelapa
Makan epal

Hadiah


Tuesday, September 13, 2011

main2-tanpa kos

Masa mama kanak-kanak
belum ada komputer apa lagi ltop
tak de mainan yang cangih-cangih...

Permainan mama dulu berasaskan
apa yang ada di sekeliling
rupanya kami lebih kreatif mencipta permainan
tanpa kos yang tinggi

Antaranya:
-Baling selipar/tin...
letak selipar atau tin cam ni

lepas tu baling dengan bola atau tin
bila kena dan jatuh,yang baling tadi berlari ke garisan yang ditentukan.
tak de kos ...
- game/teng-teng
Ini mama dan teman-teman panggil game
jadi...jika nak main kami kata
mari kita main game...
hihihi ...bukankah game itu permainan?

garisan ni biasanya kami buat kat pasir
garis menggunakan kayu...
penandanya macam-macam boleh...
tutup tin,serpihan bata,serpihan kaca dan lain2
...hihihi juga tak guna kos
-Tor nusut/sembunyi-sembunyi
Yang jadi tutup mata....
sambil mengira 1-10(atau mengikut persetujuan)
yang lain sembunyi....
setelah habis mengira yang jadi akan mencari
yang bersembunyi....yang pertama dijumpai....akan jadi...
teringat tok bat pernah sembunyikan mama atas almari
ketika main tor nusut....(huhuhu mama rindu tok bat)
juga tak guna kos....kan...kan

adik beradik tor nusut ialah tor duduk
Ini main kejar-kejar...
Juga tak guna kos


Jetik guli atau buah getah juga
tak guna kos yang banyak

Sebenarnya semua permainan ini dah samar-samar
ingat-ingat lupa...
maklumlah mungkin dah hampir 40 tahun
mama meninggalkan bidang itu(hihihi)



*semua gambar mama cilok dari mama google...tk

mama seorang perempuan

Mama anak perempuan sejati
semua sifat keperempuanan ada pada mama
comel?pasti....(walaupun dulu mama selalu diejek Ma doh Di mel)
manja?hihihi...memang kalah Yeng Yatimah(ratu air mata)
lembik?kihkihkih...tepat sekali,mama sering jatuh...ahakk

Memandangkan mama punya sifat keperempuanan yang tinggi
maka permainan mama pun mestilah
ala-ala wanita melayu terakhir
antaranya main masak-masak


antara bahan untuk mama masak
ialah kulit mangis
kulit tu ditumbuk lumat
menggunakan tempurung dan batu ataupun betri lama
hasilnya ialah belacan...
hihihi...kreatif kan?
Ini pula ialah bunga pokok gelam
pokok ni banyak di sekitar rumah tok mi
tapi...mama jarang guna bunga ni
walaupun bunganya agak wangi
Yang ni yang mama cari
Ini sebenarnya buahnya
iaitu hasil bila bunga itu gugur
Buahnya ini mama jadikan lada hitam
hahh...kan hampir serupa...
Bunga ni pula mama tak tahu nama apa
tapi ... ini adalah sotong...
semasa mama main masak-masak...
kenapa ye?
Kihkihkih...yang ini adalah ayam
bukan saja boleh buat sate...
potong dan cucuk dengan lidi..
...malah boleh berlaga ayam..
temukan kepalanya...
dan lihat siapa yang menang...huhuhu

Putik bunga senduduk ini kami
namakan lipstick...
dan ada lagi kegunaannya
mama lupa...
Bunganya ni pun ada kegunaannya...
kenapa ye...mama boleh lupa...
(tak nak ngaku usia sudah lama-hihihihi)

Sebenarnya semua bahan di sekitar
kami akan reka cipta
menjadi bahan mainan kami...
tapi banyak yang dah lupa.
Huhuhuhu