Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Monday, May 6, 2013

tak tahulah wei...



tak leh kata apa2
bila sekali lagi berlaku
bila tuan tanah
atau lebih tepat tuan body
boleh lupa
tak terlintas langsung



April dah pergi
Mei pun dah muncul...
tapi baru teringat detik itu
hihihi.....gelak guling-guling
(nak cover line)
huaaaa.....yakinlah memang dah....tuuuuuuua

 


kalau dulu
bolehlah salahkan pihak yang satu lagi
bolehlah merajuk
bolehlah menjeruk rasa


tapi kini...tahun ni...
malu nak buat fiil cam tu
malu pada diri sendiri...
dahlah tua
lupa pulak tu...
takkan nak salahkan dia je...
I pun lupa juga....




tapi...tahun ni tak leh ke dia yang ingat
okaloss tengok tu...
oklah... tahun ni tak nak
tunding menunding
walaupun dah 2 minggu berlalu
mama nak berdoalah sempena hari tu
walaupun 5 waktu sehari
doa tentang itu tak pernah miss

 

tapi nak juga...
nak juga doa
...doa dalam hatilah(malu ah)
apa pun moga berkekalan
dan bahagia hingga ke jannah...
Amin...



Sunday, April 17, 2011

17 @ 21?

1983 merupakan tahun yang mencatat memori indah
17.4.1983 kami diijab kabul
21.4.1983 kami disandingkan
Sungguh bermakna detik itu


memori yang digalas saban tahun
bersama warna warni kehidupan
yang menghasilkan 5 zuriat penyambung warisan

setelah dihitung dan dicongak
rupanya sudah melangkah ke-28 tahun...
husss...cepatnya masa berlalu

rasa baru semalam mama merajuk kerana abah lupa tarikh ini
rasa baru semalam mama mengharap jambangan bunga dari abah...
ohhhh....rupanya sudah 27 tahun detik itu berlalu

dan... mama sudah lali...
mama perlu reda yang abah bukan jenis romantik...
tapi mama tahu dalam diri abah tetap ada taman
mungkin kerana itu bahtera kami belayar tenang...

tapi seperti insan biasa kadang-kadang mama
tertunggu keajaiban berlaku....
mana tahu menjelang senja ...
abah ingat tarikh ini...

ok...sekarang sudah pukul 5.00 petang
waktu sudah merangkak senja
abah tertidur setelah pulang dari mengaji
abah lupa lagi...

tak apa...mama perlu positif,,,,
mungkin 21.4 nanti abah akan ingat
dan ada sesuatu buat mama untuk mama kenang pada tahun ini
Insya-Allah.

Sunday, August 22, 2010

Dairi:Selaut kasih,segunung cinta

Merisik
8.5.1982-23 tahun

Majlis Pertunangan
19.6.1982-23tahun


Majlis Pernikahan
17.4.1983-24 tahun


Majlis Ramah Mesra
20.4.1983

Pagi 21.4.1983
kenduri

Majlis Persandingan
21.4.1983-malamMajlis Mengenal
Sesi Bergambar

Makan Beradab


Hadiah

22.4.1983

Jalan- jalan

Majlis Menyambut Menantu

Friday, September 11, 2009

masihkah kau ingat



masihkah kau ingat...
27 tahun lalu kita menganyam mimpi menyulam harapan
dan akhirnya kita ditunangkan pada 19.6.1982


masihkah kau ingat...
tika itu kita dibuai sayang,diburu rindu
dalam lingkungan agama dan adat yang utuh
syukur...kita hadapi dengan jaya...


masihkah kau ingat...
26 tahun yang lalu impian kita menjadi nyata
dugaan dan rintangan kita hadapi bersama-sama
diiring doa dan restu kedua keluarga
dan akhirnya pada 17.4.1983 kita diijab kabulkan

 
tika itu kita diselimuti kasih
tika itu kita masih dilambung rindu
dari kejauhan itu
kita meniti hidup membelah badai
syukur kita hadapi dengan cemerlang...


moga kita bakal hadapi hari-hari mendatang dengan
haruman kasih yang mewangi sepanjang hayat.Amin