Showing posts with label idaman kalbu. Show all posts
Showing posts with label idaman kalbu. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

syukur

29.9.2014

tak terkata rasa syukurnya ke hadrat Illahi
kerana mama dan abah terpilih menjadi tetamuNya


syukur sangat2
walaupun sebelum ini penuh debaran
menanti berita yang tak kunjung tiba
penantian begitu menyiksakan
dan akhirnya Allah anugerahkan berita baik itu
amin


kami bertolak selepas solat zohor

  

 dan bila tiba di sana dah ada ahli keluarga yang sampai

tapi..tak nampak ahli yang lain
(berdasarkan beg dan telekung)

  

malah urus setia dari KRS pun tak de lagi

  
jadi sempatlah kami solat asar dulu 
sebelum  urusan check in barang


selepas isyak kami berlepas(rasanyalah)
lupalah...tua sangat dah ye...
dan penyakit malas pun ada untuk mencari bahan bukti
hukhukhuk 
oooo dah tahu...mengikut sumber mulut
kami berlepas pukul 8.30 malam

 
 dan syukur alhamdulillah
sebelum subuh 30.9.2014
kami tiba di Jedah

  

ketika azan subuh bas bertolak ke Mekah
pihak mereka tidak benarkan kami tunggu
untuk solat kerana kononnya mengikut jadual

 kami berhenti solat  dipertengahan jalan.


otw ke mekah
perjalanan terhenti pulak
bas rosaklah pulak...tali kipas putus

nasib baik bas boleh bergerak hingga ke r &r
maka dapatlah kami makan minum
sementara bas ditukar dengan bas lain
 
kami tiba di mekah ketika umat islam
berpusu ke masjid
ramainya..padat
bas beri laluan pada mereka dulu
Ya Allah...Maha Suci Allah


Setiba di hotel kami makan tengah hari
dan solat zohor di hotel

mama duduk di tingkat 4
dan abah di tingkat 5
kami tinggal ber6 sebilik
alhamdulillah teman sebilik semuanya ok2

dan pada malamnya barulah kami pergi
mengerjakan umrah
iaitu tawaf dan saie
alhamdulillah...syukur Ya Allah
Engkau Maha Besar
dan Maha Mengetahui
Terima Kasih ya Allah 
kerana menjemput kami tahun ini
syukur dan syukur













Wednesday, December 3, 2014

bbq



15.9.14 

 
mereka berpakat nak buat bbq



makan dengan nasi goreng

  

mama dengan abah ok je


along ada

 
angah dan kak alzalia ada
alya tentulah ada
 
inn dan izzat pun
dan mereka ajak arif


mana ayah su @ adik?
dia tak de...




rumah contoh

 

 

 dari Bangi kami terus ke nilai


ke nada 3


tengok perkembangan pembinaan rumah along


dan tentulah masuk tengok rumah contoh

mulalah berkhayal

dan kali ni bukan hanya tengok rumah contoh along

tengok juga rumah contoh
rumah berkembar


woww...bestnya
lagilah seronok berkhayal
kalaulah...kalaulah...
hahaha
 
 



Friday, November 28, 2014

lepas tu

 17.8.14

  
selepas bersuakasih  dengan ahli dewan rakyat
dan menikmati pelbagai jenis hidangan
kami ke taman rakan pulak
lihat...bincang
  

daei sana ke nada2 pulak
bawa ayah cik dan acik sekali
projek along

ramailaj yang berangan2...
yang terlibat atau pun tidak




Saturday, June 28, 2014

sudut itu

19.6.2014

dah lama berhajat nak buat sudut taman
taman mini...
tak...tak...kecil lagi dari taman mini

dari zaman kerja
hingga dah jadi pesara
masih tak kesempatan


dah hampir sebulan jadi suri rumah
masih tak kesampaian

yang mampu...
hanya sudut ni...
main letak2 yang sedia ada


nak buat macam mana..
dah nasib ye...
hiiii
tapi anak angkat ni dah berbunga...
terima kasih kaktus senja

ni pulak ambil dari sekolah
ruby yang tolong ambilkan
terima kasih banyak2

kaktus ni dah lama terabai
mama cuma ubah je...
emmmm...
bila nak jadi betul2 ni...