Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

tarik nafas



 Selasa : 22.12.15


 tarik nafas
sabar...perlu kuat
senafas je lagi
bertahun dapat harungi
hanya tinggal selangkah lagi
teruskan berjuang
mama sentiasa doakan
restu dan doa sentiasa mengiringi perjalananmu
moga kecemerlangan milikmu
amin




Sunday, November 8, 2015

Bijik




Terasa...
tertanya2
bermain2 di fikiran
itukah?
mungkinkah tidak?
semoga bukan
tapi...ada kemungkinan
dan akhirnya
ku serahkan semuanya pada Allah


Saturday, December 6, 2014

pulang

29.10.2014

selepas subuh kami ziarah raudah 
untuk kali terakhir
sekembalinya dari sana 
sempat kami bergambar kenangan 
untuk hari2 terakhir

bila di hotel...
ruangan tempat makan kami dah kosong
dah kemas
nasib baik bahagian kumpulan lain
ada lagi teh dan roti
pengurus tempat tu pelawa kami
hiiii tq...tq..

selepas solat asar
kami meninggalkan hotel concorde madinah
ke lapangan terbang
alhamdulillah...dipermudahkan
amin

doa mama
 moga berpeluang lagi menjadi tetamu Allah
dalam masa terdekat ini
amin
 



taklimat

26.10.2014

hari ni ada taklimat
kerana pada 28 nanti kumpulan 1
akan berangkat pulang


 
dan 29 kami juga akan berangkat pulang
jadi ustaz memberi taklimat
tentang masa dan yang berkaitan

cepatnya masa berlalu
rasa belum puas di sini
Ya Allah janganlah dijadikan ziarah ini
 ziarah yang penghabisan untukku
 jemputlah lagi aku sebagai tetamuMu
tapi andainya sampai ajalku
dan ini adalah yang terakhir untukku
Kau kurniakanlah syurga untukku Ya Allah


Thursday, December 4, 2014

melontar

7.10.2014

sebelum subuh kami bertolak untuk melontar lagi
 
ramainya tetamumu Ya Allah

alhamdulillah kami dapat mengerjakannya
moga Allah terima

kami rehat sekejap untuk menunaikan solat subuh
di hujung terowong

selepas subuh kami melontar sekali lagi
Alhamdulillah...syukur Ya Allah
tak terkira rasa syukur padaMu

selepas selesai rasa amat lega

Ya Allah jadikanlah haji kami haji yang mabrur
dosa yang mendapat keampunan
usaha yang dihargai
amalan soleh yang diterima
dan perniagaan yang tidak rugi

  

amin




Mina

4.10.2014
 
di mina khemah kami agak jauh
iaitu di maktab 11
iaitu permulaan mina
 
menurut mereka untuk pergi melontar
jaraknya 10 km
Ya Allah aku amat bersyukur dijemput pada tahun ini
terdetik di hati seandainya 2 tahun lagi
mampukan aku melaksanakannya
 
Ya Allah terasa sangat kekuasaanmu
jika tanpa bantuanmu
mampukan aku melaksanakannya?
terima kasih Allah

Ya Allah setiap yang terdetik
dan setiap yang dimohon kau tunaikan
kau permudahkan
syukur Ya Allah

Ya Allah sesungguhnya aku ini lemah
maka kau kuatkanlah
dan aku ini hina
maka kau muliakanlah
Ya Allah kau permudahkanlah
wahai tuhanku yang amat pengasih




muzdalifah


3.10.2014

petangnya kami bertolak ke Muzdalifah
kami tiba sebelum magrib

masa kami sampai orang belum ramai
Ya Allah menjelang maghrib
lautan manusia membajiri kawasan itu
Maha Agong Allah

di sana kami mengutip anak batu sebelum maghrib
solat di dataran beralaskan tikar nipis
semua sama...sama di sisi Allah
 


malah...sambil menunggu bas kami sempat berbaring
di dataran yang bertar itu
rasa bagai 'berdiam' masa  bersalin...hangat

dan dapat menyaksikan
mereka yang mementingkan diri sendiri
bertolak-tolak untuk naik bas
tanpa memikirkan mereka yang uzur
Ya Allah banyaknya pengajaran yang dapat dikutip


Ya Allah ampunkanlah dosaku
tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
berikan akamalan yang dimakbulkan
kurniakanlah kepadaku rezeki yang meluas
dan terimalah taubatku dengan taubat nasuha
 

Arafah


2.10.2014


kami ke Arafah menaiki bas
kami lihat ramai yang dah sampai
keadaan di sini agak panas
tapi mama telah bersedia
kerana sejak awal telah dimaklumkan keadaan di sini.


Ya Allah aku memohon keampunanmu ya Allah
dari sekelian dosa
dan aku bertaubat padamu Ya Allah
ampunilah dosaku
kesalahanku
kebodohanku
dan sesuatu yang melewati batas
dan segala yang engkau lebih mengetahui dariku




Tuesday, November 18, 2014

doa dipanjatkan



Hari ini umur angah bertambah lagi
dah ada isteri yang baik
dah ada anak yang comel
tapi...mama tetap mama
selagi nyawa berdenyut
doa tak putus mama panjatkan
moga Allah tunaikan semua doa mama
bila tiba waktu yang sesuai...
kerana Allah Maha Mengetahui


Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agong
ampunilah dosa anakku ini
dosa yang telah lalu,sekarang dan akan datang
sama  ada yang halus atau yang kasar
yang nyata atau yang tersembunyi
hapuskanlah kesalahan2nya
terimalah taubatnya

 

Ya Allah andai dia pernah tersasar
pimpinlah dia ke jalan yang lurus
bawalah dia ke jalan yang benar
berilah hidayah padanya
bukalah pintu keimanan kepadanya
jauhilah dia dari dari  segala kemungkaran
 jadikanlah dia iman bagi orang2 yang bertaqwa


Ya Allah yang maha besar
anugerahkan dia isteri dan keturunan
yang menjadi penyenang hatinya 
yang sama2 susah dan senang
yang sama2 mencari rahmatMu

Wahai Tuhanku
 kurniakanlah dia keluarga yang sakinah
keluarga yang soleh dan bertaqwa
keluarga yang amat mencintai diriMu
keluarga yang bahagia,harmoni,damai,tenteram dan santun
keluarga yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat


Ya Allah yang memberi rezeki
sesungguhnya Engkau maha mengetahui yang baik untuk umatMu
seandainya rezekinya masih di langit,Kau turunkanlah
seandainya masih di bumi,Kau keluarkanlah
seandainya jauh , Kau dekatkanlah
seandainya sukar , Kau permudahkanlah
seandainya masih lambat,Kau percepatkan

Ya Allah yang maha pengasih
kau berikanlah kesihatan yang baik padanya
jauhilah dia dari penyakit fizikal dan mental
kuatkanlah fizikalnya
kuatkanlah mentalnya
kuatkanlah ikhtiarnya
kuatkanlah kemahuannya
lindungilah dia dari sifat  malas dan putus asa 
serta sifat kikir dan boros

dan Ya Allah
kau berikanlah kepadanya
iman yang kuat
ilmu yang bermanafaat
ditetapkan keyakinan yang benar
amal yang soleh
tetap dalam agama Islam
kebaikan yang melimpah ruah
keampunan dariMu
kesihatan yang sempurna


Ya Allah perkenankanlah harapan dan permintaanku ini ya Allah
doa dari seorang ibu yang daif
untuk kebahagian anaknya di dunia dan akhirat
kerana sesungguhnya Engkau maha mendengar 
perkenankanlah Ya Allah
Amin