Showing posts with label ziarah. Show all posts
Showing posts with label ziarah. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

jumaat


Jumaat : 22.1.2016


hari kesepuluh
ok...alhamdulillah

hari ni abah ke hospital lagi
jumpa pakar pulak

ayah kie dtg
sebelum balik ke Besut
terima kasih ...


seperti yang dijanjikan 
putera puteri spm 2010 datang ziarah


terima kasih banyak2
anak2 cikgu
moga berjaya dunia akhirat


Dah pun datang ziarah hari ni
lama dapat berbual
terima kasih dah...

hari ni inn kerja separuh hari
lepas dah balik kami ke JJ
nak bayar bi tel 
tapi tak perlu bayar lagi..ye ke?
seperti biasa ada penutupnya

petangnya...
budak kecil lukis2



ok


khamis : 21.1.2016

hari kesembilan
ok sikit


abah ke hospital...ada temujanji
moga semuanya ok


anak2 spm 2012 hari tu wasap
nak datang...mama kata oklah
tapi semua rakyat jelata tak de kat rumah
nak makan apa ye?


 
oklah...
masak pulut jelah
pulut ikan masin
masakan tradisi


ada antara mereka tak biasa makan
tapi mereka cuba..
wowww bertambah juga
yelah... tak kenal maka tak cinta


 terima kasih anak2
sudi datang jenguk
walaupun ada dah nak berangkat esok
ada juga yang baru bercuti
dan ada yang dah boring2
good luck semua...

 
  
kerana bawa keropok dari Terengganu (tiada kaitan dengan gambar)
best...habis sudah...
terima kasih juga karipap buatan bonda
mesti buat dengan kasih sayang
terima kasih...terima kasih
 

 

Tuesday, January 12, 2016

aura mekah

8.1.16


mah dan nadia datang ziarah
seronok dengar cerita dia 
yang balik dari mengerjakan umrah
dapat aura dari mekah
moga mama diberi kesempatan
untuk pergi lagi ke sana...amin
tq mah ....buah tangan dari sana
moga memberi hasil seperti yang dihajati...









 

Tuesday, January 5, 2016

hari minggu

Ahad : 3.1.16

tak perasan zainuliza call semalam
pagi ni dia call lagi
baru perasan ada miss call
dia nak datang kerana 3 hari lagi mama nak kemo
sebenarnya hari tu dia pun jalani pembedahan
pembedahan lutut
tapi mama tak sempat gi ziarah dia
kerana mama pun dalam wad tika tu
dan hari ni dia pula nak datang
dengan puterinya ...tq liza dan adriana


sebenarnya rumah agak berkecah
kerana tengah buat operasi kat bilik bawah
hari ni angah bergabung dengan kak alzalia
tukar kipas ...pasang cermin dan langsir
bilik bawah sebelum barang sampai


petangnya ayah cik dan keluarga pulak sampai
yelah...esok sekolah dah buka
anak2 dah sekolah...
mesti misi hantar dan ambil anak2 dah bermula
aktiviti makin padat


malamnya...
kami ke JJ
beli cadar untuk bilik bawah
beli minuman dan makanan
untuk persiapan kemo nanti
moga semuanya dipermudahkan
amin







Saturday, January 2, 2016

ingatan

Rabu : 30.12.15


balik dari bank...dah telefon nak datang
semenjak mama sakit dah belum berkesempatan
datang jenguk mama kerana dia bertugas di kulim
dan lepas tu sibuk dengan majlis persaraan
dan perpindahan...mama faham

selepas dah balik mama bersiap2 nak ke HUKM
dan zaba wsap
nak datang
alahhh...maaflah..
bimbang lambat pulak

zainuliza pulak call
nak datang
jawapan yang sama terpaksa mama berikan...

apa pun terima kasih ye kawan2
kerana mengingati mama
insyaallah jika Allah izinkan kita dapat berjumpa nanti


Monday, December 28, 2015

19 tahun lalu


Ahad : 27.12.2015


 tiba-tiba ton call beritahu
45 minit lagi kami sampai cikgu
ehhh...ahhh....datanglah


hihihi...nak hidang apa ni?
nasib baik abah sporting
dan mood pun ok
abah gi beli kuih


lupalah pulak nak tanya
berapa orang nak datang
tak pelah...

 mereka anak2 kesayangan mama1996
dari tingkatan 5v2 , 5k2 dan 5k4
nama dan wajah mereka
masih jelas dalam memori
mereka tak banyak berubah
walaupun masing2 dah punya anak



dah 19 tahun berlalu
mereka masih mengingati mama
dan kini datang
bila mereka dengar berita tentang mama
terima kasih banyak2
nik,ton,aziah dan ayu
moga doa kalian Allah makbulkan
amin...


jejaka bersama sebakul buah dan bunga


Ahad : 27.12.15


Lan ni teman setugas dulu
tapi dah macam adik
tapi kalau dikira dari umur
dah macam anak


hari ni datang jenguk mama
walaupun seorang2
banyak cerita...maklumlah lama tak jumpa
 

petikan dari insta :
Alhamdulillah kak
moga sihat selalu
ceria sentiasa
dan bahagia selamanya...


Amin...terima kasih banyak2 Lan






Sunday, December 27, 2015

dari jauh





Sabtu : 26.12.15


tiba2 yam telefon...beritahu nak datang
lebih kurang 30 minit lagi nak sampai...
nasib baik inn dah balik
dan mengofferkan diri
nak masak spaghetti bila mama dah panik

yelah...
mereka sesekali datang
datang dari jauh .... dari ipoh.... datang semalam
tambah lagi mereka pun dah tak larat
tapi...gagahi diri juga untuk jumpa mama
terima kasih yam dan pak cik
yang tak putus2 mendoakan
memberi tips
memberi kekuatan
terima kasih....









macam dulu


26.12.15

hanim ....5 arif 2002
(kakak wan )
masih mesra macam dulu
macam baru je berpisah
sedangkan...dah lama balik merantau
wan ....panggilan mama sejak sekolah
sedangkan kawan2 dan keluarganya panggil amalina
hiiii...seperti biasa mama panggil nama yang mudah diingat
erin seusia wan sama juga dengan adik (SPM 2010)
cuma kelas berbeza
wan 5 arif
erin 5 bestari
tapi berkawan baik sejak zaman persekolahan hingga kini
terima kasih anakanda semua
kerana sudi menjenguk mama
dan mendoakan mama
i love u all

 

Thursday, December 24, 2015

wakil



 Khamis : 24.12.15


7  orang wakil dari 5 arif 2012
yang merantau dari merata tempat 
tapi taklah sampai ke cina
tapi...dari timur,barat,utara dan selatan tanah air
demi menuntut ilmu


hari ni mereka berpakat ke sini
ziarah mama 
dari arah yang berbeza
ada yang baru sampai dari menara gading pagi tadi
ada yang memang dari menara gading
ada yang baru sampai dari kuantan atas urusan keluarga
ada yang singgah sebelum ke tempat kerja (kerja sementara)
ada yang memang menetap  di keramat
tapi...di sini kami berjumpa


walaupun begitu...
ada yang tak boleh datang
pelbagai halangan
tapi tak putus salam dikirim
doa dipanjatkan
dan ada juga yang terpaksa batalkan di saat akhir...
kerana dia pulak masuk hospital
moga cepat sembuh ye anakanda
maaf cikgu tak dapat turut serta 
keadaan belum mengizinkan
moga kita cepat pulih
doa dan terus berdoa


















Monday, December 21, 2015

3 beradik


Ahad : 20.12.15

senja mereka sampai...
kerana ada masalah teknikal
sepatutnya mereka datang lepas asar
3 saudara ni ...mama ajar
tiga2 dari 5 arif
khaulah  5 arif 2003....12 tahun yang lalu
Na'ilah 5 arif 2007....dah 8 tahun
ummu 5 arif 2010...5 tahun dah
dah bertahun mereka tinggalkan alam persekolahan
tinggalkan mama
dah berjaya....alhamdulillah
tapi hari ini mereka datang
bukan untuk mengarang lebih dari 350 pp
bukan juga untuk merumus karangan tak lebih 120pp
bukan untuk membina ayat
bukan...bukan..
tapi...mereka datang bersama doa
alhamdulillah



5 Cerdas


Ahad : 20.12.15

 anak-anak 5 cerdas 2010
batch adik...
mama tak ajar pun...tapi kenal
mereka beritahu adik....mereka nak datang
kebetulan adik balik
jadi...meriah jugaklah
seronok tengok mereka gembira
moga doa dan harapan mereka
Allah perkenankan
amin...