Showing posts with label segunung budi. Show all posts
Showing posts with label segunung budi. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

ex 5 Cerdas

10.8.14

anak2 ini agak rapat dengan mama
hampir setiap tahun mereka datang beraya
tahun ni mereka call lagi
mulanya mama agak keberatan
 kerana rumah masih berselerak

tapi akhirnya...oklah
tapi ala kadar jelah ye
beraya kat luar je ye
kerusi meja belum angkat ke dalam
ok...ok...ok....
 
mama suka sangat...
rasa baruberpisah dengan mereka
rasa baru je melayan kerenah mereka di kelas
rasa terlalu segar dalam ingatan

walaupun sebenarnya ramai di antara mereka
 dah habis belajar
dah kerja pun
dan ada yang dah kahwin pun
masa bersalam dengan seorang gadis
 tangan mama dihulur sesuatu
dan terdengar suara halus di hujung telinga
cik gu duit raya untuk cik gu..
mama cuba menolak(malulah kan)
.ini gaji pertama saya
biasa cikgu bagi untuk saya
kali ni saya bagi untuk cik gu
rasa sebak berbau bahagia hinggap di hati
bukan nilai ringgit jadi ukuran
tapi ingatannya pada guru tua ini
tq dear
 




Wednesday, November 19, 2014

coretan

juga cerita lama
nunnn zaman bulan mei hari tu..


walaupun dah lama tapi rasa masih mekar dalam ingatan



tqvm anak2 5 arif
moga kejayaan cemerlang milik semua


Friday, September 5, 2014

siapa saya?

siapa kami...
cuba teka...


ehhh tangan siapa ni?
kaki pulak milik siapa

  
siapa pesakit dan jururawat(doktor ni)
klu: buah pinang dan akan ke luar negara

bancuh teh..
untuk sarapan ke?
atau tambahan


menyusun door gift
berbincang dan mengatur strategi

menyusun hantaran
mesti berdebar2 

ala-ala mak andam
juga penghilang debaran

bawa cincin...
siapa yang ambil gambar ni..
ada unsur saspen

menyerahkan door gift dan bunga rampai
dari belakang macam sebaya


terlindung di sebalik telefon
sama ada hp besar atau muka kecil

kemas makanan
dari sudut sisi


nak ke mana tu?
dah nak balik?


 letih?
jom rehat...

siapa penonton ini
yang telah keletihan

mengemas makanan
di penghujung...

siapa pun mereka...
terima kasih ...
kerana mereka adalah antara
yang bertungkus lumus menjayakan majlis

 


 

Thursday, September 4, 2014

langsir

                                                           


masa tu inn masih praktikal
jadi kerja rumah  mama seoranglah yang buat
almaklum mama cuma ada seorang anak perempuan
tapi yang berat2 tu anak lelaki tolong jugak
 

disebabkan keletihan akibat ketuaan
maka mama rasa tak payahlah tukar langsir
pakai jelah langsir yang digunakan hari raya tu
tapi bila inn balik...
dia kata...kita tukarlah mama
oklah kalau nak tolong

dia yang iron langsir
yelah...langsir tu bukan langsir baru pun
mama buang dan pasang klip
siapa yang pasang langsir ye?
lupalah...
izzat ke adik?
kira dua2lah...

kan...kalau buat sama2...kejap je
 terima kasih anak2



kad

Jemputan kami terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak
jiran-jiran terdekat dan orang surau
beberapa orang kawan sekerja dulu
dan kawan2 anak2

untuk keluarga beritahu mulut(lisan)
juga melaui wsap...
masa tu tak terfikir nak buat kad
abah kata orang surau
abah akan beritahu di sana
untuk jiran abah suruh buat
ala-ala surat jemputan
kerana memang itu biasanya yang mereka buat
jadi mama pun draf  ayat yang agak rasmi
(nasib baik tak berpantun2)
dan adik buat...print dan potong
abah hantar...terima kasih dik

untuk kawan-kawan mama minta izzat buat
ambil idea Inn
yang ni tak formal sangat
gurau2 je...tak hantar pun
whatsapp je...
untuk kawan2 abah...
abah calling2 je...


main2 gitu..
juga hasil tangan izzat
juga hantar melaui whatsapp
tq izzat...





cincin



tempat letak cincin...
kalau dulu disertakan tepak sireh
atau sireh junjung

percaya tak?
dulu zaman mama
mama buat sendiri sireh junjung
punyalah besar....hiiiii tapi cantik jugak
pada zaman tu
 
untuk Inn...nak buat simple2 je

jadi... suruhlah chik bawa 10 helai sireh
alah...nak ambil syarat
tapi...rupanya tak berapa nak cukup

hiiii sireh je...
pinang tak ingat nak minta
ok...ok....esok chik bawa
tapi...tak bubuh pun...
kapur dan gambir pun tak letak
memang tak nak beria pun
 
dan...jangan terkejut ya
tuan2 dan puan2
yang menghasiskanya ialah
2 teruna ini
 
dan jangan tak percaya ye...
walaupun tak cukup bahan
tapi...emmm...amat menarik
Tq adik2
Tq ayah teh...tq ayah cik







Wednesday, September 3, 2014

pinjam


pinjam gelang chik...
bukan satu tapi dua
supaya berseri sikit tangan anak dara
mak dara bukan tak dak(hiiii)
tapi klasiklah sikit macam orangnya
(tok sir ngaku tak dak_)
 
karpet pulak pinjam dengan chik dan acik
yang mama dah buruk...
dah hampir 21 tahun dia digunakan
bila ada majlis....bukan di rumah je...
malah ke mana2....


cadar pulak mama dah beli yang murah
jadi bila tok mi nak bagi pinjam
alhamdulillah
 pelapik dulang ni pulak pinjam dari tok chik
dah banyak kali dia berbakti...
banyak pahala tok cik dapat

 bakul pulak pinjam dari cik ngah
untuk tambah yang ada kat rumah...

 kamera pulak izzat pinjam dari aween 
untuk buat video


terima kasih semua
terima kasih daun keladi
mac nanti pinjam lagi




Tuesday, September 2, 2014

sumbangan

sebelum majlis abah beli roti canai untuk sarapan
dan...emi pun bawa roti canai
banyak...boleh makan hingga tengah hari
tq emi
mama order kuih koci dan kuih talam


 dari liza..jiran sebelah rumah(kiri)

dan dia bagi kek karot
  
tq liza...

kak lina pula(jiran sebelah kanan)
bawa seri muka...dia tempah ni

kami tak sempat bercakap lama
kerana dia tergesa2 nak ke Lumut
ada jemputan jugak

Terima kasih kak lina 

abah upah opah alya buat ...
opah pulak bagi kopi o...
opah dan 'atuk' tak leh datang
ke Perak...jadi awal2 lagi dia datang hantar
bubur kacang dan kopi 0
Tq opah dan atuk

tapai ni dibawa khas dari Besut
Yah yang buat
sebelum tu yah juga beri biskut raya
sebenarnya mama tempah...
tapi dia tak nak duit... 


Terima kasih yah
 

La pun sama...
mama tempah biskut raya dari dia
kerana dia memang jual biskut raya

dan memandangkan masih bulan syawal
jadi boleh buat ala-ala jamuan hari raya
tapi...dia bagi aja...
malu mama..
apa pun... terima kasih  La

 Inn pulak berhajat nak buat  ala-ala sudut candy
kerana ada majlis aqiqah sekali
setelah berbincang dengan dik nor
wujudlah sweet treat
dan adik nor bawa balang berserta isinya

malah sebelum majlis pun dah bawa makanan
untuk makan sama2
 tq dik nor

ketupat ni  mak yang bawa
rasanya kerjasama mak dengan yah
mungkin mak teh pun tolong bungkus
kerana mak tak tak berapa larat

terima kasih mak
 
puding/dadeh ni auntie dan ti yang bawa
sedappp dan menarik

mama juga pinjam pelapik dulang dari auntie

terima kasih auntie...terima kasih ti


din pula singgah di kebun GM
ambil buah yang dah diambil oleh Ali

Terima kasih Din

masa tok mi nak bagi sumbangan
mama dan abah serba salah
malulahkan...hiiii
tapi terfikir pula 
mungkin itu sebagai sokongan 
dan kasih sayang pada cucunya
terima kasih tok mi
sumbangan bukan untuk majlis je 
sebenarnya sebelum majlis pun
pah bawa cup cake masa 2 hari sebelum majlis
malam sebelum majlis bawa sate
untuk makan sama-sama sambil menolong

terima kasih pah dan keluarga
jadi...kami ingin mengucapkan jutaan terima  kasih
buat semua
sama ada yang ada bukti dan yang tak de bukti
terima kasih yang tidak terhingga
atas sumbangan yang diberi...