Showing posts with label sehari selembar benang. Show all posts
Showing posts with label sehari selembar benang. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Saturday, August 31, 2013

jauh berbunga



Peribahasa bulan Syawal:

Jauh bau bunga,dekat bau tahi...


Maksudnya:

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang
 tetapi bila dekat selalu bertengkar.
 (Peribahasa lain yang sama makna:
 Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

 
Emmm...
rasanya walaupun ada yang rugi
tapi...banyak baiknya...
emmm...tindakan yang wajar
biarlah rindu-rindu sayang
manis-manis rindu
biarlah tak dapat
jika itu bukan pemberiaan dari hati
kita cari sendiri




Sunday, November 4, 2012

bahan-bahannya


burung terbang dipipiskan lada


berat sama dipikul ringan sama dijinjing


hendak seribu daya tak nak seribu dalih


tak ada rotan akar pun berguna


\
ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi


melentur buluh biarlah dari rebungnya


rumah siap pahat berbunyi


adakaitan dengan tajuk ke?





Friday, September 21, 2012

kosa kata


Ketika di sana
ada yang menerima sms
bertanya dah boleh bercakap Vietnam?


hahhh....
dari simbol dah tahu maksudnya


Hampir sama...
tapi berbeza maksudnya....


yang ini...
jangan pijak rumput....



agaknya macam mana nak sebut...


Sebenarnya sebutan pertama kami
ketika mendarat ialah.......lupa (tandas)
kerana berebut-rebut nak ke sana.
Tapi bahan buktinya kabur
jadi ganti je dengan yang ini....


Di papan tanda ni
ada macam-macam
tapi satu pun tak leh baca...

Saturday, March 3, 2012

MULUT




MURAI




MULUT + MURAI = MULUT MURAI




MULUT MURAI = KUAT BERCAKAP ATAU MEMBUAT BISING






KESAN: PENING




JADI.....DIAMLAH





TOLONGLAH.....









Wednesday, March 16, 2011

anak dan ibu

Teringat zaman sekolah rendah
suka tengok pusingan ini
hafal lagi
dah besar sikit mula faham
ada anak pasti ada ibu...

1.jejentik(ogak-ogak)
ada dalam tempayan pinang mak aji
jadi makanan ikan laga
nyamuk
eeee...takut...

2.kepompong
ada pada daun pisang
kupu-kupu
suka...pada warnanya
berwarna warni...
suka buat rama-rama dengan
letak pelbagai watercolour dan lipat kertas tu
oooo jadi...cantik
3.berudu(anak budu)

katak
bersahut-sahutan ketika musim hujan
lama dah tak dengar...
eiii rindulah pada suara itu...
4.larva
lalat
merbahayakan

5.nimfa
tak pasti pernah tengok atau tidak
pepatung

Suka...
masa kanak-kanak:
ada yang letak pepatung di pusat
katanya supaya tak kencing malam
ye ke?
kreatifkan?
Cantikkan ibu-ibunya...
macam kami juga...
hihihihi

keliru?

Ø Kekeliruan Ejaan-kata yang berasal daripada bahasa Arab

SALAH

BETUL

Ø istirehat

Ø Ramadhan

Ø redha

Ø Hajjah

Ø Insyaallah

Ø iktizam

Ø kadhi

Ø silaturrahim

Ø sunnah

Ø ugama

Ø istirahat

Ø Ramadan

Ø reda

Ø Hajah

Ø Insya-Allah

Ø iltizam

Ø kadi

Ø silaturahim

Ø Sunah

Ø agama

KATA MAJMUK

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu(mendokong sesuatu konsep)

ü -Hubungan makna antara kata dasar yang membentuknya sangat erat hinggakan tidak boleh disisipkan unsur-unsur lain.

ü -Kata majmuk dieja terpisah,kecuali 15 kata yang sudah dianggap mantap iaitu:

1. Antarabangsa

2. Suruhanjaya

3. Kerjasama

4. Matahari

5. Jawatankuasa

6. Tandatangan

7. Beritahu

8. Tanggungjawab

9. Warganegara

10. Bumiputera

11. Setiausaha

12. Pesuruhjaya

13. Sukarela

14. Kakitangan

15. Olahraga

Jadi....yang lain-lain ditulis secara terpisah.

Contohnya tengah hari....


Wednesday, September 22, 2010

ada bezanya

ada perbezaan?
ada bezanya...
Antaranya...

tempoh-jangka waktu
tempuh-mengalami/melalui
tepok-lumpuh
tepuk-menamparkan tapak tangan supaya berbunyi
telor-pelat
telur
seloroh-senda gurau
seluruh-semua
golongan-kumpulan/kelompok
gulungan-lipatan berbentuk bulat
menonton-menyaksikan
menuntun-memimpin
cocok-sesuai/sepadan
cucuk-sesuatu yang runcing tajam untuk menikam atau menyemat
rasmi-sesuatu yang disahkan
resmi-sifat semulajadi seseorang atau sesuatu