
rupanya sudah hampir 11 tahun masa berlalu
anak-anak ini meninggalkan mama
membawa haluan sendiri
demi kejayaan yang diburu

telah terputus hubungan
hanya sejak akhir-akhir ini kami ketemu dalam fb
mama...
mencuri mengikuti perkembangan mereka
melihat kejayaan mereka
tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka
jemput mama berbuka puasa di Hotel Istana
Tapi mama tak dapat pergi kerana ada hal
lagipunnnn...seganpun ada
kerana jurang 2 generasi....(hihihi walaupun nilai emas naik)
di rumah mama...berhari raya....
Seperti yang dijanjikan mereka datang
walaupun bukan semua tetapi amat ceria
dan mama bahagia...
masih anak-anak mama
cuma walau dalam gurau senda
dalam hilai tawa
tapi mereka sudah ada nilai kematangan
Ada antara mereka telah berumah tangga
ada yang dah bercahaya mata
dan ada juga yang masih solo
Tapi...mereka datang tanpa pasangan....
ingin mengimbau kenangan lalu...
diberi laluan yang mudah untuk menjalani hidup ini
dilimpahi kebahagian yang abadi
diberkati dunia akhirat
Amin..
No comments:
Post a Comment