
Sejak berita menyiarkan tarikh keputusan SPM
hati mama mula kecut
mama menanggung untuk ramaiiii...

mama telah menerima panggilan telefon
dari rakan sejawat yang pergi mengambil keputusan di PPD

Dia memberitahu keputusan adik
Mama reda...
Mama sudah bersedia menerima apa saja keputusan...
dan mama tetap bersyukur...

Semoga kejayaan yang lebih cemerlang
akan adik peroleh
selepas ini...
kerana mama tahu
ini bukan penghujung segalanya

ketika keputusan cemerlang diumumkan
mama di kelas 4Arif
gelisah jadinya

Tak sabar untuk berjumpa mereka
Tak sabar untuk melihat senyuman mereka
Tak sabar untuk melihat keputusan yang lebih detail

Tingkatan 5 Arif dan 5 Dinamik
Bahasa Melayu dari kelas 5 Arif 2010 ialah
24 orang dapat A+
4 orang dapat A
1 orang dapat A-
dan 3 orang dapat B
Syukur ...Alhamdulillah
Ada yang dapat A
dan hanya 3 orang yang gagal
Seorang tidak pernah datang sekolah
2 orang tidak dapat membaca...
Syukur dan syukur

Terima kasih teman-teman
Tahniah anak-anak
peranan semua berbunga indah

Keputusan keseluruhan juga meningkat sedikit
SPM 2010 - 95.87%
SPM 2009 - 95.06%

6 orang mendapat 9 A
4 orang 7A
21 orang mendapat 6A
dan
10 0rang mendapat 5A

jumpa beberapa orang pelajar mama
kembang hati mama
melihat keputusan mereka
dan semasa dalam perjalanan pulang
mama terima panggilan dari Pak Cik
Tahniah Aqi
Moga kemilau jaya terus memancar...
mama terima panggilan dari Pak Cik
Tahniah Aqi
Moga kemilau jaya terus memancar...
No comments:
Post a Comment