Telah ku siapkan satu daerah paling suci
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai anak
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang anak
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi insan mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang wanita bernama ibu
Kerana engkau anak
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau anakku
No comments:
Post a Comment