
Suatu waktu dahulu aku suka berkebun.
Bukan kebun sayur.Bukan kebun buahan.
Tapi hanya kebun bunga.
Suka melihat daun menghijau.Suka melihat pelbagai bunga.
Sering aku isi waktu dengan aktiviti itu.Aku bahagia.
Tapi kini tinggal kenangan.
Pasu demi pasu kosong dah hilang dari pandangan.
Dengan penuh bersungguh pasuku dipindahkan ke belakang oleh suamiku.
Mula-mula hatiku terluka.Hatiku pedih.
Tapi kini aku perlu terima hakikat.Tindakannya betul.
Kenapa?kerana bungaku kini telah kering.Tidak terjaga.
Kini aku tak punya waktu untuk itu.
Kenapa?
Sibuk?Atau tidak pandai merancang waktu..
Letih?Atau usia telah lama.
Aku terlalu ingin memiliki semula hobi itu.
Aku rindu untuk kembali pada masa itu.
Aku ingin memulakan semula tapi masih belum mampu.
Bila?Bagaimana?Entah....