Cross Steach merupakan antara aktiviti masa lapangku
suatu ketika dahulu.Malah menjadi kegilaanku.Yang
panjang ni aku buat masa di Kuala Krai lgi.Ada satu lagi
yang sama panjang tapi bunganya bunga mawar....
tapi dah lama pecah ,tak baiki-baiki hingga sekarang.
Yang ini aku buat sempena ulang tahun perkahwinan kami yang kelima.
Bina masjid,semoga cinta kami tetap kukuh dengan keimanan.
My room and our room merupakan antara hasil kecil tapi penuh makna.
Kini tiada lagi our room...dah jadi milik perseorangan....
Seperti yang pernah disebut ini rumah idaman.
Ada sungai dan bunga.Best....
sukakan suasana ini.
Ini juga rumah idaman,dikelilingi bunga-bunga.
Hasil tangan sempena ulangtahun ke-13.
Bunga di rumahku semakin hilang tapi
masih kekal dalam gambar dan anganku.
hehehe
Juga laman yang dihiasi bunga-bungaan
Ini aku buat sebagai hadiah Hari jadi Inn pada 7.6.1996 iaitu ketika
dia berusia tujuh tahun.Banyak lagi CS yang aku buat,masih ada
walaupun ada yang dah rosak.
Izzat.Seronok tengok budak ni tidur,tenang.
Yang ini aku buat semasa menunggu Izzat di IJN.Pembedahan demi
pembedahan.Cadangan awal ingin dihadiahkan kepada Dr. Mazni yang
membantu Izzat tapi tidak jadi berbuat demikian.
Ini untuk Izzati sempena hari jadinya juga.
Selain bunga aku juga suka pada buah-buahan.ini aku buat pada 1996.
Kini aku tidak lagi aktif kerana mata sudah kurang mengizinkan...
Bongsu.Minatku dapatku hasilkan untuk insan tersayang.Mungkin
juga hasil yang terakhir.....